PRK Nenggiri: Calon Bersatu wajib guna lambang PAS – Haji Hadi
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan lambang bulan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, 17 Ogos ini.
Mengumumkan perkara itu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sudah menggerakkan jentera parti di peringkat negeri dan seluruh negara bagi membantu memenangkan calon dari BERSATU, Mohd Rizwadi Ismail.
“Saudara Rizwadi akan menggunakan lambang bulan dalam PRK ini.
Diharapkan proses penamaan calon dan tempoh berkempen akan berlangsung secara matang, adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata PAS menzahirkan keyakinan dan sokongan penuh terhadap pencalonan Mohd Rizwadi dalam PRK DUN Nenggiri.
Katanya, pemilihan calon yang bersesuaian dengan suasana setempat, mesra anak muda dan dekat dengan masyarakat menjadi faktor terpenting dalam aspek pemilihan calon selain kekuatan jentera pilihan raya yang menjadi sandaran.
“Berbekalkan disiplin ketenteraan dan proses pentarbiahan yang sudah teruji, PAS merestui dan menaruh kepercayaan terhadap Rizwadi untuk menggalas tugas sebagai calon PN seterusnya menjadi wakil rakyat yang akan membela kebajikan dan kesejahteraan hidup seluruh warga Nenggiri,” katanya.
PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, 19 Jun lalu, selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada 3 Ogos diikuti pengundian pada 17 Ogos.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani adalah calon taruhan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada PRK itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
- Keputusan rayuan UPU boleh disemak mulai 6 Ogos
- Pemegang lesen B1, B2 layak mohon lesen B penuh mulai 1 Oktober
- Bom bunuh Haniyeh disembunyi 2 bulan lalu di rumah tamunya di Teheran
- Khaled Meshaal dijangka dipilih terajui Hamas
- Perompak naik kereta mewah pecah masuk rumah pegawai polis
- ‘Jangan suruh saya pakai bikini’
- Nazatul saman Puteri Sarah pula, mahu tuntut hak
- Budak 10 tahun dirogol kekasih dalam hutan
- Nia Ramadhani makin ‘hot’ setelah bebas dadah
- Jeslina Hashim, Tunku Eddy nikah minggu ini
- Pasangan berasmaradana tepi landasan nyaris ‘disondol’ kereta api
- Tak sempat ‘ratah’ pelacur dicekup JIM
- UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia
- CEO McDonald’s salahkan boikot umat Islam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang
Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik
Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama
You must be logged in to post a comment.