Tempoh tamat, Speaker Melaka akan ambil tindakan ke atas Adun Rembia

Tempoh tamat, Speaker Melaka akan ambil tindakan ke atas Adun Rembia

Pejabat Speaker DUN Melaka akan mengadakan mesyuarat khas minggu depan susulan kegagalan Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis mengemukakan surat balas rasmi mengenai keputusannya melompat parti.

Berita Harian memetik Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum sebagai berkata, tempoh 14 hari yang diberikan kepada Muhamad Jailani tamat hari ini, namun tiada jawapan rasmi diterima daripada bekas Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri itu.



“Tiada jawapan daripada dia (Muhamad Jailani) sedangkan tempoh akhir yang saya berikan (14 hari) tamat hari ini.

“Saya akan memanggil `team’ (pasukan) Pejabat Speaker termasuk Penasihat Undang-Undang negeri untuk mesyuarat khas sekitar minggu depan bagi membincangkan tindakan lanjut,” katanya dipetik sebagai berkata.

Bulan lalu, Muhammad Jailani yang digantung selama enam tahun daripada Umno, berkata dia membuat keputusan keluar daripada Umno selepas Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh memungkiri janji yang dibuat kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya negeri 2021.

Susulan itu Umno mengumumkan akan memulakan tindakan undang-undang terhadap terhadap Muhammad Jailani bagi menuntut ganti rugi dan pampasan RM100 juta kerana berpaling tadah daripada parti itu.



Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, Jailani secara rasmi menyertai parti itu pada Jun tahun lepas, kira-kira sebulan sebelum DUN Melaka meluluskan undang-undang anti-lompat parti.

Muhammad Jailani pertama kali memenangi kerusi DUN Rembia atas tiket PKR pada pilihan raya umum ke-14 pada 2018, dan dua tahun kemudian menyertai BN bersama tiga yang lain daripada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Dia kemudiannya mempertahankan kerusi itu menerusi BN pada pilihan raya negeri Melaka 2021. Mk

Tempoh tamat, Speaker Melaka akan ambil tindakan ke atas Adun Rembia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker