Boeing 737 langgar Airbus A319 di Brazil

Boeing 737 langgar Airbus A319 di Brazil

SAO PAULO, BRAZIL – Sebuah pesawat sarat membawa penumpang mengalami berlubang pada badannya selepas berlanggar dengan kapal terbang lain di sebuah lapangan terbang di Brazil, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kemalangan berlaku disebabkan kegagalan peralatan ‘pushback’, demikian menurut kenyataan pengurusan Lapangan Terbang Congonhas di bandar raya Sao Paulo.

‘Pushback’ merujuk kepada proses di mana kenderaan darat tertentu digunakan untuk mengalihkan pesawat dari bahagian parkir ke kedudukan sedia untuk berlepas.

Dalam kejadian pada 29 Julai lepas, dua pesawat terbabit adalah Boeing 737 milik GOL Airlines dan Airbus A319 milik LATAM.

Pesawat pertama dilaporkan bersiap untuk berlepas ke Florianopolis, manakala pesawat LATAM ketika itu baru mendarat di Rio de Janeiro.

Kedua-dua pesawat itu membawa penumpang ketika kejadian.

Seorang jurucakap GOL berkata: “Penumpang turun dengan selamat, yang merupakan keutamaan nombor satu kami. Mereka disediakan pesawat lain untuk meneruskan perjalanan.”

Sementara itu, wakil LATAM berkata, pesawat berkenaan akan dibaiki dan kejadian itu sedang disiasat.

Pesawat GOL adalah yang paling banyak mengalami kerosakan, namun tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. K Online

Boeing 737 langgar Airbus A319 di Brazil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker