Bekas pengerusi MIC negeri hijrah ke bulan tanpa roket
Bekas pengerusi MIC negeri hijrah ke bulan tanpa roket
Tertarik pada slogan PAS Untuk Semua dan gaya pimpinan Abdul Hadi Awang menjadi antara punca bekas pengerusi MIC Negeri Sembilan “berhijrah” ke parti baru.
Menurut L Manickam selain gaya pimpinan Abdul Hadi, dia juga tertarik dengan pendekatan dibawa Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam.
“Ada hikmah di sebalik hijrah. Saya telah berhijrah ke bulan tanpa menggunakan roket.
“Bagaimana dengan saudara dan saudari. Dialu-alukan untuk turut serta jika sesiapa berminat untuk bersama,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Lazimnya dalam politik domestik, roket sering dirujuk kepada DAP yang kini menjadi musuh ketat PAS.
Sebelum ini Manickam ialah pengerusi MIC Negeri Sembilan, selain menjadi Adun bagi Jeram Padang (dalam kawasan parlimen Jempol) erta exco negeri berkenaan.
Dalam pilihan raya negeri pada Ogos tahun lalu, dia tidak dicalonkan di Jeram Padang sebaliknya BN menamakan Mohd Zaidy Abdul Kadir untuk bertanding di situ.
Mohd Zaidy memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 693 undi.
Manickam kemudian mengumumkan langkahnya keluar dari MIC kira-kira dua bulan kemudian.
Kata Manickam yang dipetik Sinar Harian, dia menyertai PAS melalui DHPP kira-kira dua minggu lalu iaitu semasa sayap parti terbabit bermesyuarat.
“Saya telah menerima kad keahlian pada hari yang sama sebelum dilantik sebagai AJK (DHPP) Pusat dan Pengerusi Tetap DHPP Negeri Sembilan,” katanya.
Manickam juga menganggap PAS adalah parti yang terbaik buatnya ketika ini untuk meneruskan khidmat kepada orang ramai.
Dia juga yakin PAS sebuah parti yang mantap lagi kukuh, selain diterima oleh semua orang.
“Saya juga sudah selesa dengan PAS sebab MIC sudah bersama parti ini dahulu semasa Umno bekerjasama dalam Muafakat Nasional,” katanya lagi. Mk
Bekas pengerusi MIC negeri hijrah ke bulan tanpa roket
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu