Rambo makan burger dulu, baru petik kelapa

Rambo makan burger dulu, baru petik kelapa

Parit Buntar: “Rambo suka makan burger daging dan telur, kalau tak makan, dia jadi malas nak berkerja,” ujar Mohamad Shahrul Ahmad Razali, 34, berhubung gelagat seekor beruk berumur empat tahun yang dipeliharanya.

Rambo yang dilatih khas untuk mengambil buah kelapa tua mampu memetik hampir 200 biji kelapa sehari selepas menikmati makanan kegemarannya iaitu burger daging atau telur dengan minuman isotonik.

Mohamad Shahrul berkata, beruk itu dibelinya dari Kelantan pada harga RM 2,500 dan sudah berkhidmat dengannya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, dia mengambil upah memetik buah kelapa sekitar Batu Kurau, di sini.

“Selain Rambo saya turut memiliki lagi tiga ekor beruk iaitu dua jantan dan satu betina. Namun hanya Rambo yang dikhaskan untuk memetik buah kelapa manakala tiga lagi buruk khusus untuk mengambil petai,” katanya.

Menurutnya lagi, kesemua beruk yang dipeliharanya mempunyai lesen dan berusia antara tiga hingga enam tahun.

Mohamad Shahrul berkata kesemua beruk peliharaannya mempunyai makanan kegemaran berbeza-beza.

“Ada yang suka buah-buahan, ada suka nasi kicap dan ada yang suka roti bersama air milo.”

“Namun makanan harian mereka ini adalah buah dan nasi iaitu sama seperti manusia juga,” katanya.

Tambahnya lagi biarpun binatang ini nampak ganas dan mempunya taring yang tajam namun dia belum pernah digigit beruk peliharaannya. HM

Rambo makan burger dulu, baru petik kelapa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker