Pembunuhan Ismail Haniyeh sangat tragik dan kejam, bertujuan gagalkan rundingan damai – Anwar

Pembunuhan Ismail Haniyeh sangat tragik dan kejam, bertujuan gagalkan rundingan damai – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, sebagai peristiwa sangat tragik dan kejam, jelas bertujuan menggagalkan rundingan sedang berlangsung bagi mengakhiri kekejaman rejim Zionis Israel di Gaza.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan terbabit sambil menuntut keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis bagi menghentikan pembantaian, khususnya di Gaza.



“Pembunuhan besar-besaran ini hanya boleh berlaku dimungkinkan dengan tanggapan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan dan dihukum.

“Hanya mereka yang tiada sifat kemanusiaan saja yang tidak menyedari keperluan untuk meningkatkan tekanan terhadap rejim biadab Zionis Israel bagi menghentikan pembantaian,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Anwar berkata, rakyat Palestin sudah dihadapkan dengan malapetaka dan penderitaan selama berdekad lamanya dan insiden pembunuhan Haniyeh juga membangkitkan kebimbangan tentang nasib mereka.

“Mereka yang mengkritik saya saat ketemu saudara Haniyeh sebelum ini sudah gagal menghargai keinginan mendalam almarhum untuk sebuah Timur Tengah yang aman dan pembentukan sebuah negara Palestin yang tertegak dengan maruah dan kebebasan.



“Saya berduka atas kehilangan seorang sahabat yang akrab dan tokoh pejuang sejati rakyat Palestin,” katanya.

Anwar ketika mengadakan lawatan rasminya ke Qatar pada Mei lalu, sempat bertemu Haniyeh.

Pertemuan tertutup empat mata antara dua pemimpin itu sebelum ini, berlangsung di sebuah hotel dengan antara inti pati pertemuan sudah tentu untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai konflik di Asia Barat, khususnya membabitkan Hamas dan Israel di Palestin.

PM hubungi ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim



Sementara itu, Anwar hari ini turut mengadakan perbualan telefon bersama Ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim, antara lain menyatakan komitmen Malaysia yang teguh mendukung perjuangan untuk sebuah negara Palestin yang merdeka.

“Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk mengutuk kekejaman (pembunuhan) ini. Saya tahu anda sibuk sekarang, tetapi saya perlu sampaikan, bukan hanya bagi pihak keluarga tetapi juga semua saudara di sini bahawa kami masih terkejut dan sangat marah kerana masyarakat antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak,” katanya.

Anwar juga mengakui bahawa Haniyeh adalah tonggak penting dalam perjuangan bagi menuntut pembelaan terhadap rakyat Palestin.

“Saya pernah bercakap dengan saudara Ismail melalui telefon dan bertemu dengannya di Doha, kami berhubung dengan beberapa rakan kami. Beberapa hari yang lalu, maklumat terkini dari saudara kita di Turki, dan jelas bahawa almarhum adalah tonggak perjuangan ini.



“Salah satu hal yang diperjuangkan adalah perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin. Jelas ada unsur sabotaj. Mereka tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan juga, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas itu.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi, berkata Jemaah Menteri turut menzahirkan solidariti bersama rakyat Palestin dan menggesa siasatan segera dilakukan agar pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.

“Jemaah Menteri turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Perdana Menteri Palestin itu. Kerajaan Malaysia akan terus lantang menyuarakan sokongan serta bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mendesak pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman,” katanya. BH



Pembunuhan Ismail Haniyeh sangat tragik dan kejam, bertujuan gagalkan rundingan damai – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker