Haniff Hamzah tinggalkan Era FM
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Era FM, Haniff Hamzah masih belum bersedia mengulas punca pengundurannya daripada terus berkhidmat di stesen radio berkenaan.
Sebelum ini, Haniff yang mengendalikan segmen Petang Era bersama Ray menganggap sudah tiba masa untuknya berundur daripada Era FM.
Haniff berkongsi, dia akan membuat pengumuman rasmi melalui media sosial mengenai hala tujunya, esok.
“Usia bersama Era FM sudah terlalu lama dan perginya seorang penyampai radio ini membuka ruang kepada orang lain.
“Saya juga rasa inilah masa terbaik untuk ucapkan selamat tinggal walaupun ia agak mengejut.
“Sebabnya, kalau saya ambil masa lama untuk fikir, saya tak akan pergi, jadi akhirnya saya ambil keputusan ini. Hendak kata mengejut atau sudah lama rancang pun tidak. Bila ada satu peluang, saya jalan sahaja.
“Saya sudah lama berfikir dan susah untuk terangkan lebih lanjut sebab sekarang lebih banyak soalan daripada jawapan.
“Esok, 1 Ogos saya akan umumkan satu perkara yang lain. Ini sahaja sejauh mana saya boleh cakap. Keputusan itu berat, tapi harus dilakukan,” katanya kepada BH Online.
Mengenai keputusan itu, Haniff sudah berkhidmat selama 14 tahun di Era FM berkata, dia banyak berbincang dengan keluarga, selain menafikan tindakannya itu melanggar kontrak.
“Saya banyak berbincang dengan keluarga sebelum ambil keputusan. Saya selalu dapatkan persetujuan keluarga atau sekurang-kurang mereka tahu dulu mengenai saya.
“Kebanyakannya saya bercerita dengan abang. Dia akan selalu sokong saya tak kira keputusan salah atau tidak.
“Saya tak dapat hendak menidakkan bahawa masih ada kontrak, itu adalah pergerakan korporat mereka. Setiap kontrak ada jalan keluarnya dan saya mengikut klausa.
“Saya tidak melanggar kontrak dan kalau saya buat begitu mereka ada hak untuk saman,” kata Haniff yang kali terakhir ke udara bersama Era FM pada 2 Julai lalu.
Terdahulu, Astro Radio dalam satu kenyataan mengumumkan, Haniff meninggalkan stesen radio berkenaan sebelum tamat kontrak.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
You must be logged in to post a comment.