Cliff Umar mengaku khilaf ambil dadah

Cliff Umar mengaku khilaf ambil dadah

“Ini salah saya, tiada orang paksa ambil atau berhenti dadah, kita sendiri yang nak,” kata juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, berkata, penglibatannya dalam najis dadah berlaku tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.



Penyanyi rock itu turut mengakui khilaf kerana insiden itu berlaku ekoran kesilapannya.

Dia berkata, kejadian tangkapan, dituduh ke mahkamah kemudian dijatuhi hukuman, menjadi pengajaran buatnya.

“Hukuman yang dikenakan akan menjadi pengajaran berguna dan saya akan guna peluang kedua ini, untuk berubah serta bertaubat.

“Saya bersyukur kerana menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada isteri dan keluarga,” katanya.



Ditanya mengenai lagu terbaharu, vokalis lagu ‘Wanita seluruh dunia’ itu berkata, sedang menyiapkan rakaman di Jakarta dan Bali, Indonesia.

Di sana kelak katanya, perhatian sepenuhnya akan diberi dalam menghasilkan karya terbaik.

Menurutnya, terdapat lagu bahasa Melayu dan Inggeris dalam album terbaharu itu kelak, kerana dia berhasrat untuk menembusi peringkat antarabangsa.

Cliff Umar didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis ‘heroin dan monoacetylymorphines’ serta memberikan diri sendiri dadah THT, hujung Mei lalu.



Dia juga diperintah menjalani tempoh pengawasan bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), selama dua tahun. Sinar

Cliff Umar mengaku khilaf ambil dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker