Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Seorang jurulatih pasukan bola sepak teruk dikecam sejak semalam gara-gara latihan intensif ala-ala ketenteraan kepada murid perempuan.

Video itu mula tular di media sosial selepas dimuat naik ibunya menerusi akaun TikToknya, @norakmalizajaafar yang memaparkan aksi latihan bertempat di sebuah padang bola sepak di Manjung, Perak.



Di awal video tular tersebut, jurulatih yang dikenali sebagai Miorarmy kelihatan tegas ketika menunjukkan teknik menyelamatkan bola di gawang gol dalam cuaca panas terik.

Pada pertengahan video, murid perempuan itu diminta berbaring sisi untuk latihan menangkap bola yang ditendang oleh jurulatih tersebut.

Setelah itu, jurulatihnya menendang bola terus ke muka budak perempuan tersebut berkali-kali sebagai peringatan buat kanak-kanak itu untuk membentuk badan mengikut panduan yang telah diajar.

Dilihat murid perempuan itu mula menangis sebelum dimarahi sekali lagi oleh jurulatih berkenaan untuk kuatkan mentalnya jika benar ingin menjadi penjaga gol.



“Keras (badan), kau nak main keeper, kau keras. Kenapa kau kalih muka? Kau nak aku hambat depan muka kau? Kau nak? Jawab, buang malu kau, keeper strong (penjaga gol kuat).

“Woi, kau nak tangkap apa tu? Nak tangkap apa? Dalam game (perlawanan), kau boleh bergerak lagu (macam) tu ke? Kalau dalam game kau bergerak macam tu, penonton gelakkan kau je,” tengking jurulatih berkenaan.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengecam latihan intensif yang diberikan kepada murid berkenaan kerana dianggap kurang bersesuaian untuk peringkat umurnya.

“Cara latihan begini untuk dewasa boleh lah kot. Ni remaja lagi risau budak tu hilang keyakinan je nanti sebab kena depan kawan-kawan dia,” komen Isma.



“Saya pun presiden bola sepak wanita dulu. Tapi alhamdulillah bila sesi latihan jurulatih ajar lembut je. Pegang pun tidak. Berbeza dengan video ni,” ciap Aisyah.

“Padahal masa kursus ‘coaching’ pun dah beritahu budak bawah umur 12 tahun tak digalakkan untuk ‘heading’ bola. Eropah pun macam tu. Ni siap rembat ke muka terus,” komen Lily.

Dalam pada itu, ada juga yang berkata latihan sedemikian adalah perlu bagi melatih seorang penjaga gol yang mempunyai ketahanan mental yang kuat lebih-lebih lagi di peringkat muda.

“Keeper ni posisi paling susah. Hati kena kental, tak boleh takut bola, tak boleh ada kesilapan, satu posisi yang sangat penting untuk pasukan menang. Latihan memang kena ‘double’ berbanding ‘player’ lain,” ciap Syuib.



“Permintaan jurulatih Miorarmy ni tinggi sekarang. Kalau budak-budak nak jadi ‘keeper’, yang berani dan terbaik sahaja boleh. Antara jurulatih terbaik untuk belajar. Memang cara dia nampak kasar tapi pelatih rela bertahan,” ciap Zamani.

“Ni jurulatih anak saya. Dia memang ada lesen dan tauliah ‘coaching’ dari Persatuan Bola Sepak Malaysia melalui program ‘grassroot’ di Kementerian Pertahanan. Dia memang ajar anak-anak dengan baik. Dia tak mendera, dia tak buli,” komen Marina pula.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.2 juta tontonan, 42,200 tanda suka dan 4,871 perkongsian. K Online

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

https://mykmu.net/2024/07/26/model-jelita-mati-ditikam-teman-lelaki-diberkas-polis/Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker