Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri

Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri

“Saya berpuas hati dengan keputusan pihak polis itu.

“Bila tiada pertuduhan dikenakan bermaksud saya tak buat perkara itu selepas siasatan dilakukan dan kebenaran juga terbukti yang saya tidak bersalah,” kata pelawak, Mamat Sepah.



Mamat mengulas pertanyaan mengenai laporan tiada pertuduhan dikenakan ke atas seorang pelawak dan isterinya yang ditahan reman, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, dia dan isterinya, Nordiana Ibrahim berasa keliru dengan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap isterinya itu.

“Kami agak keliru dengan tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepada isteri saya itu .

“Tiada pertuduhan dikenakan terhadap isteri dan sudah terbukti dia tidak bersalah tetapi masih dikenakan tindakan tatatertib?



“Kami juga tidak tahu tindakan tata tertib itu seberat mana lagi. Saya harap perkara itu dipertimbangkan semula,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tindakan selanjutnya pula, kata Mamat, dia menyerahkan perkara itu kepada peguam yang mewakilinya iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan isteri kepada pelawak yang juga anggota polis akan dikenakan tindakan tatatertib susulan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Telegram.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 25 Julai lalu.



Menurutnya, setakat ini, tiada sebarang pertuduhan akan dibuat ke atas pelawak itu dan isterinya namun, isterinya itu akan diambil tindakan oleh jabatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram berkaitan penulisan membabitkan IPD Shah Alam dan penyebaran gambar lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan yang meninjau IPD terbabit. HM

Mamat Sepah puas hati tiada pertuduhan terhadapnya dan isteri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman



Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Nadiyah Shahab dikecam beri ‘pose maut’



‘Barang mahal sebab you tiada duit’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker