Keluar PAS masuk Bersatu kerana kerusi milik Bersatu

Rizwadi Ismail calon PN di DUN Nenggiri

Keluar PAS masuk Bersatu kerana kerusi milik Bersatu

Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan bekas pegawai tentera laut, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon yang akan mewakili gabungan itu bagi menghadapi PRK Nenggiri.

Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud yang mengumumkan pencalonan Rizwadi berkata, calon PN itu merupakan anak muda yang dikenali ramai di Gua Musang dan juga penduduk Nenggiri.



Calon kita orang muda, PN bersetuju bahawa calon adalah dari Bersatu calon dipilih berumur 41 tahun, beliau orang tempatan menetap di Bertam Lama, pengundi di Nenggiri, katanya.

Nassaruddin berkata, Rizwadi sebelum ini adalah ahli PAS, bagaimanapun selepas mengambil semangat kerusi Nenggiri milik Bersatu, beliau diizinkan menyertai Bersatu.

“Oleh kerana kerusi ini kerusi Bersatu, maka yang jadi calon kena dari Bersatu.

Semua cadangan calon dikemukakan baik semua, tetapi disebabkan kita nak satu calon sahaja kita terpaksa pilih seorang, bukan bermakna yang lain tak bagus, katanya yang memberitahu semua pemimpin PAS dan Bersatu sebulat suara bersetuju dengan keputusan itu.



Barisan Nasional sebelum ini mengumumkan Ketua Pemuda Umno Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon kerajaan di PRK itu.

PRK itu diadakan selepas DUN Kelantan pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong apabila dimaklumkan bekas Adun Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli Bersatu.

Keahlian Azizi dihentikan selepas beliau gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi. FMT



Keluar PAS masuk Bersatu kerana kerusi milik Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker