Saya yang menurut perintah – Ramli
Saya yang menurut perintah – Ramli
Ramli Mohd Nor akur dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU16.
Sebagai bekas pegawai polis yang berkhidmat selama 34 tahun, Ramli, 66, sentiasa berpegang kepada prinsip ‘mengikut keputusan kepimpinan’ sama ada kekal atau digugurkan sebagai calon pilihan raya.
“Saya diajar dan kerja saya 34 tahun menurut perintah. Saya masuk Umno atas sebab saya perjuangkan apa Perlembagaan Umno sebut, yang saya tertarik dengan Umno ini tidak ada parti politik yang menyebut perjuangan Bumiputera, Melayu dan Orang Asli, itu sebab saya sertai.
Saya lihat apa dinyatakan dari situ selari dengan jiwa saya. Saya jenis bos cakap masuk bertanding masuk, bos cakap rehat…rehat. Itu sahaja, kata timbalan speaker Dewan Rakyat dalam wawancara bersama FMT.
Ramli yang berketurunan Orang Asli suku Semai dinamakan calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam PRK Cameron Highlands pada 2019, selepas bersara sebagai penolong pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Beliau mencipta sejarah menjadi wakil rakyat Orang Asli pertama menang pilihan raya, kemudian berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi itu pada PRU15.
Pada Disember 2022, ketika persidangan Dewan Rakyat pertama kerajaan perpaduan, Ramli dipilih sebagai timbalan speaker selepas diundi melalui undian bersurat oleh 148 Ahli Parlimen.
Di peringkat parti, Ramli adalah naib ketua Umno Cameron Highlands manakala Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail ketua bahagian itu selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Mac tahun lalu.
Ini semua saya senang sahaja, bos buat keputusan, presiden buat keputusan, ketua bahagian, ketua perhubungan Pahang buat keputusan…jawapan saya, saya yang menurut perintah. Itu sahaja, katanya. FMT
Saya yang menurut perintah – Ramli
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf
You must be logged in to post a comment.