Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Pelakon Harith Iskander, 58, mengaku dia dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim, 41, sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga dibina selama 14 tahun, namun gagal.

Mengulas lanjut, Harith berkata, dia terpaksa akur jodoh antara mereka tidak panjang.



“Sudah lama kami berusaha selamatkan rumah tangga. Bukan saya sahaja, malah, Jezamine juga berusaha.

“Kami sudah lakukan segala-galanya (usaha) dan perpisahan adalah jalan terakhir.

“Perkahwinan mana yang tiada masalah. Kalau anggap masalah sebagai sebab perceraian tak bagus juga.

“Setiap hubungan ada masalah berbeza, seberapa besar masalah akan membawa kepada keburukan,” katanya ditemui selepas prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.



Meskipun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, namun pelakon filem Buli Balik dan Cuci itu berkata, dia dan bekas isteri tetap berkawan baik demi anak-anak.

Bahkan, kata Harith, Dr Jezamine masih kekal menjadi pengurus kerjaya seninya.

“Kami sudah sampai ke tahap ini dengan cara yang baik, masih lagi berkawan demi kebaikan anak-anak.

“Perkara ini semua berjalan dengan lancar dan kami sudah tiba pada satu tahap sudah bersetuju dalam semua aspek untuk perceraian ini.



“Kami akan teruskan pekerjaan seperti biasa. Kami ada syarikat yang perlu diuruskan.

“Hanya dari segi hubungan sahaja kami bukan lagi suami isteri, tetapi hubungan sebagai kawan dan rakan perniagaan masih baik,” kongsi Harith.

Ditanya apakah perasaan anak-anak dengan keputusan berpisah, Harith berkata, mereka sudah mula memahaminya.



“Kami sudah beritahu dan buka ruang kepada mereka untuk bertanya apa sahaja.

“Bagi saya. anak-anak okay. Kami akan pastikan tiada apa yang akan mengganggu mereka dari segi sosial,” kata Harith lagi.

Mengenai dakwaan berlaku curang berikutan pendedahannya pernah membuat khilaf, Harith berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

“Seperti yang sudah dijelaskan dalam video sebelum ini, jadi tak perlu nak dibangkitkan lagi,” ujarnya.



Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan rujuk semula, Harith menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Ilahi.

“Itu semua di tangan Allah dan tiada siapa yang boleh kata segala-galanya akan terjadi esok.

“Sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok saya akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah,” ungkap Harith

Terdahulu, rumah tangga Harith dan Dr Jezamine yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada jam 12.05 tengah hari tadi.



Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan punca perceraian disebabkan tiada persefahaman dan mereka juga masih menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak.

Sebelum ini. kisah keretakan rumah tangga Harith mula menjadi bualan selepas Dr Jezamine memfailkan cerai pada 24 Jun lalu.

Susulan itu, Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri.

Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9. BH

Harith Iskandar dedah punca perceraian dengan Dr Jezamine

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker