Sihulk, Millah Abraham antara 5 ajaran sesat dipantau rapat – JAINJ

Sihulk, Millah Abraham antara 5 ajaran sesat dipantau rapat – JAINJ

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau rapat lima daripada 19 ajaran sesat yang difatwakan haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata lima ajaran sesat itu adalah ajaran Syiah, Hizbur Tahrir, Millah Abraham, Suhaini Mohammad (Sihulk) dan Qadiani yang dipercayai masih aktif, namun dalam keadaan terkawal.



Beliau berkata, daripada lima ajaran sesat yang dipantau itu, terdapat dua aduan berhubung ajaran Millah Abraham iaitu pada Januari dan Jun lalu di Pontian dan Segamat.

“Tiada sebarang aduan diterima berhubung ajaran Syiah dan Hizbur Tahrir pada tahun lalu dan tahun ini.

“Bagi ajaran Sihulk, kumpulan ini bergerak aktif di media sosial dan sentiasa dipantau oleh pihak JAINJ dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kumpulan ini aktif di New Zealand.

“Dalam tempoh sejak 1986 hingga 2022, sebanyak 19 ajaran sesat difatwakan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini. Antaranya ajaran Ayah Pin, Taslim, Wahabi, Qadyani, Gunung Ledang Tangkak, Ilmu Makrifat, Azman Samat dan Yayi,”katanya.



Beliau berkata demikian selepas Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di Savannah Hill Resort, di sini, hari ini.

Diminta mengulas mengenai beberapa siri penahanan dan pendakwaan pengikut ajaran dan fahaman sesat, termasuk kumpulan pengganas DAESH di negeri ini, Mohd Fared berkata, ia perlu dilihat dari sudut positif dan menunjukkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Banyak tangkapan tidak bermaksud negeri ini dalam bahaya, begitu juga sebaliknya.

“Ini menunjukkan kesungguhan agensi penguatkuasaan kita dalam mengenal pasti mana-mana individu dan sekecil mana pun peranan mereka. Jika mereka terbabit dengan perbuatan jenayah atau ajaran sesat, kita tidak kira siapa, kita akan tangkap,” katanya. BH



Sihulk, Millah Abraham antara 5 ajaran sesat dipantau rapat – JAINJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker