‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Sosok individu bernama Mama Ghufron kian popular di media sosial kerana kononnya miliki kehebatan berkomunikasi bersama dengan semut dan juga menulis kitab dalam bahasa ciptaannya iatu Suryani.

Sudah lama dia ‘beraksi’ dengan bebasnya di negara Indonesia, kini Mama Ghufron yang juga dikenali sebagai penceramah agama berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikan mengundang kontroversi.

Bahkan, ceramah Mama Ghufron itu sendiri sedah tersimpang jauh daripada akidah Islam dan lebih merisaukan apabila dia memiliki jumlah pengikut yang besar di Indonesia.

Lelaki itu lalu memohon maaf menerusi sebuah saluran YouTube dipercayai diadakan di Pesantren Uniq Nusantara Pancasila di tempat pengajaran dia baru-baru ini.

Menerusi klip yang berdurasi 2 minit 19 saat itu, Mama Ghufron yang didampingi tiga individu lain menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada masyarakat.

“Saya dari Pondok Pesantren uniq Nusantara Pancasila mohon maaf yang sebesar-besarnya, atas klip kontroversi ceramah saya sebelum ini,” kata Abuya Mama Ghufron atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Ghufron Al Bantani pada Jumaat.

Susulan kontroversi itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengambil tindakan untuk memperbetulkan pemahaman Mama Ghufron agar masyarakat tidak terpengaruh dan mengikuti ajarannya itu. Vc

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker