Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh berlepas pagi tadi

Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh berlepas pagi tadi

Penerbangan khas bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh susulan ketegangan di negara itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada 9.20 pagi.

SEPANG: Penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh susulan ketegangan di negara itu berlepas pada 7.30 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, di sini.



Penerbangan AirAsia menggunakan pesawat Airbus A330 wide body atau badan lebar yang mampu memuatkan 350 penumpang itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada 9.20 pagi (waktu tempatan).

Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar Shazelina Zainul Abidin yang mengetuai misi berkenaan berkata lebih 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar telah ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sejak semalam.

Misi ini sebenarnya dirancang sejak 21 Julai, pelaksanaannya pula mengambil masa paling singkat, kurang 12 jam. Sebaik sahaja dapat ‘lampu hijau’ daripada Pesuruhjaya Tinggi kita di Bangladesh, kami dapatkan kapal terbang, ada kelewatan sikit sebab kita diminta tunggu untuk pastikan pelajar-pelajar kita sampai di Suruhanjaya Tinggi kita di Dhaka, katanya kepada Bernama.

Sebanyak 15 petugas daripada Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengikuti misi itu.



Wakil Bernama yang mengikuti misi berkenaan ialah Penolong Editor (Perkhidmatan Berita Am) Nik Nurfaqih Nik Wil bersama jurufoto Muhammad Izzuddin Abd Radzak.

Semalam, Anwar ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di sini dilaporkan berkata kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka, berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.

Beliau berkata ia susulan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan mutakhir di Bangladesh.

Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh berlepas pagi tadi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil



Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker