Noor Ismarina, biker berpurdah
Dia menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan penampilan berpurdah.
Noor Ismarina, biker berpurdah
Kuala Lumpur: Motosikal berkuasa tinggi sinonim dengan wanita ranggi, tetapi berbeza dengan wanita ini apabila menunggang jentera itu dengan penampilan berpurdah.
Noor Ismarina Tahir, 37, menunggang motosikal BMW S1000 RR dan minat dalam permotoran tidak menghalang ibu kepada empat anak itu mengekalkan penampilannya.
Menurutnya, sejak kecil dia sudah minat dengan motosikal dan mula aktif menunggang jentera itu sejak 2019 serta kini mempunyai dua motosikal berkuasa tinggi jenis sama.
“Suami juga minat permotoran, cuma dia terpaksa berehat sementara kerana terbabit kemalangan motosikal di Karak, dua tahun lalu.
“Jadi saya teruskan minat sementara suami sembuh sepenuhnya untuk kembali menunggang bersama,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Katanya, dia kini melebarkan sayap untuk terbabit dalam perlumbaan motosikal di litar dan masih dalam latihan untuk merealisasikan impian itu.
“Saya sedang mencari pengalaman dan menjalani latihan sebelum menyertai perlumbaan kerana perlu mempunyai persiapan yang betul. Saya ‘enjoy’ aktif menunggang jentera ini di litar.
“Latihan di Litar Sepang menjadi pengalaman menarik buat saya apabila mendapat banyak tunjuk ajar daripada pelumba berpengalaman, malah hobi ini menemukan saya dengan ramai rakan yang berkongsi minat sama terutama wanita,” katanya.
Noor Ismarina berkata, penampilannya yang berpurdah tidak menjadi masalah untuk terus aktif dalam sukan permotoran, malah mengakui turut berdepan cabaran sebagai penunggang wanita, namun ia diambil sebagai positif.
“Setakat ini, minat saya disambut baik oleh rakan cuma tak dinafikan memang ada segelintir orang kurang bersetuju dengan imej saya dalam bidang ini yang majoritinya dipelopori kaum lelaki.
“Tetapi saya mengambil ia sebagai cabaran untuk lebih menjaga diri semasa berada di lapangan dan paling penting, keluarga menyokong penuh minat saya terutama suami,” katanya.
Terdahulu, wanita yang menetap di Setapak, di sini, mendapat perhatian di TikTok berhubung perkongsiannya menunggang jentera dua roda itu yang meraih pujian dan sokongan positif netizen. HM
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek
You must be logged in to post a comment.