Tuduhan Harith Iskander sebagai pendera punca penceraian, ini kenyataan Dr Jezamine

KUALA LUMPUR: Pelawak Harith Iskander, 58, meletakkan semua kesalahan di bahu atas kemelut rumah tangga sehingga isteri, Dr Jezamine Lim, 41, memfailkan perceraian, bulan lalu.

Harith mengaku melakukan kesilapan yang mendorong Jezamine memfailkan perceraian. Namun, beliau tidak memperincikan secara spesifik kesalahan dilakukannya.

Harith turut menjelaskan, keputusan untuk berpisah bukan perkara yang dibuat dalam tempoh singkat. Sebaliknya, proses ke arah itu sudah dibincangkan sejak beberapa tahun lalu, selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berhasil.



“Ini bukan keputusan yang dibuat dalam masa singkat. Orang di luar sana nampak perkara ini berlaku secara tiba-tiba apabila muncul gambar Jezamine memfailkan perceraian. Ia bukan tiba-tiba, tapi prosesnya sudah berjalan agak lama sebenarnya.

“Di sini, saya kongsikan semampu boleh. Saya buat silap. Ada beberapa kesalahan yang saya lakukan dan Jezamine adalah wanita yang sangat hebat. Saya tak tahu sama ada dia sudah maafkan saya atau tidak.

“Dia wanita hebat yang berusaha untuk menjayakan hubungan rumah tangga ini. Kami melalui fasa pergolakan dan sudah mendapatkan nasihat daripada kaunselor perkahwinan dan bercakap dengan kawan-kawan, jadi ia adalah proses panjang.

“Alasan mengapa kami tak menguar-uarkan sebab mahu buktikan bahawa hubungan ini masih belum berakhir sepenuhnya,” katanya dalam temubual eksklusif bersama pengacara Daphne Iking yang disiarkan di saluran YouTube, The Rakyat Post, hari ini.



Harith berkata, dalam tempoh ini, jalan terbaik adalah dia dan Jezamine hanya menjadi sahabat, selain tidak mahu perceraian merosakkan hubungan yang sudah dibina sejak bertahun lamanya.

“Kami hendak tunjukkan bahawa kami sedang berusaha walau apa pun yang berlaku. Pada satu tahap, saya sedar bahawa kami sebenarnya lebih baik menjadi sahabat dan kami memang sahabat yang sangat baik.

“Jadi, saya tak mahu merosakkan persahabatan itu hanya kerana penceraian. Kami ada tiga anak yang masih kecil dan meraka akan tonton video ini, suatu hari nanti. Tidak sepatutnya mereka berdepan perkara sebegini buat ketika ini.

“Jezamine dapat jagaan penuh dan saya dapat hak lawatan penuh. Kami mahu kekalkan rutin kami sama seperti sebelumnya. Saya akan tinggal berdekatan mereka,” katanya.



Pada masa sama, Harith memberitahu, dia sudah memberi pemahaman kepada anak-anak mengenai apa yang berlaku antara dirinya dan Jezamine.

“Dalam fikiran anak-anak, mereka merasakan keluarga akan berpecah. Kami yakinkan mereka kami akan terus sayang mereka sama sahaja dan tiada apa yang berubah.

“Alhamdulillah, sejak perbincangan itu, mereka boleh terimanya. Saya tak cakap mereka faham sepenuhnya tapi yakinkan mereka pintu sentiasa terbuka untuk tanya apa-apa saja ke kami,” katanya.

Sementara itu, Jezamine yang turut bersama dalam sesi temubual eksklusif itu menafikan Harith ada melakukan perkara tidak baik kepadanya dan menuntut orang ramai supaya tidak membuat spekulasi.



“Itu semua khabar angin yang mengatakan dia mendera saya. Tidak langsung. Ada orang cakap dia berkasar dan mendera saya tapi tak betul sama sekali… Hentikan spekulasi.

“Saya dapat ratusan mesej adakah punca kami bercerai disebabkan Harith sudah tidak kelakar? Ada yang tanya kalau ia disebabkan pihak ketiga, soal kewangan atau apa-apa lagi,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, Jezamine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara



‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker