MCA setia dengan Barisan Nasional
BN menganggap dakwaan salah satu parti komponen dalam gabungan itu akan memilih haluan sendiri hanya sebagai khabar angin yang dilakukan pihak tertentu.
Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir berkata penegasan MCA untuk terus setia bersama dengan parti lain dalam gabungan berkenaan sudah dimaklumkan oleh pemimpin tertinggi mereka.
Bercakap kepada media di Cheras hari ini, Zambry berkata semua pemimpin dalam BN sentiasa mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dan tidak ada masalah yang boleh membawa kepada sesuatu parti meninggalkan gabungan berkenaan.
“MCA telah membuat kenyataan bahawa itu hanyalah khabar angin yang cuba dicipta oleh kalangan tertentu
“Presiden (Wee Ka Siong) dan Setiausaha Agung MCA (Chong Sin Woon) juga telah memaklumkan bahawa perkara itu tidak berlaku,” katanya.
Zambry ditemui media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Cheras.
Semalam Malaysiakini yang memetik beberapa sumber melaporkan ahli akar umbi MCA kini berasa tidak selesa dengan kedudukan parti itu dalam BN dan mendesak agar perubahan dibuat.
Selain berasa kecewa diketepikan daripada kerajaan, sumber itu mendakwa ahli MCA juga berpendapat Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, sudah tidak relevan untuk memimpin gabungan berkenaan.
Chong juga dipetik media semalam sebagai mendakwa tiada sebarang perbincangan dibuat dalam MCA berhubung kedudukan mereka dalam BN.
Menurut Zambry, pemimpin parti komponen BN sentiasa berbincang secara terbuka dalam hal-hal membabitkan politik.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abby Abadi dah macam anak dara