Cabaran letak calon PAS di PRK Nenggiri buat Bersatu ‘melenting’
Cabaran UMNO supaya PAS meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, dianggap provokasi dan batu api.
Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata Perikatan Nasional (PN) tidak mengambil pusing terhadap provokasi itu kerana apa yang menjadi kepentingan bagi mereka ketika ini adalah calon yang boleh diterima rakyat.
“Cabaran itu lebih kepada provokasi, mereka (UMNO) nak melihat kita (PN) bergaduh saja, saja nak jadi batu api.
“Penyandang sebelum ini (Mohd Azizi Abu Naim) dari BERSATU, jadi calon untuk PRK DUN Nenggiri nanti juga dari BERSATU,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebelum ini dilaporkan berkata, jika BERSATU terus diberi laluan untuk bertanding pada PRK berkenaan, dibimbangi akan berlaku peralihan sokongan seperti sebelum ini.
Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, pihaknya masih belum memuktamadkan calon yang sesuai untuk berentap di DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan namun calon itu nanti pastinya yang mampu bekerja untuk rakyat.
“Setakat ini, kami masih belum memuktamadkan keputusan kerana perlu memilih (calon) yang betul-betul sesuai. Kita tak mahu bila dah pilih, tapi tiba-tiba selepas itu ada masalah yang timbul.
“Tidak semestinya kami tampilkan calon yang muda kerana saya sendiri pun sudah (berusia) 77 tahun tapi masih mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?