Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Pelakon Datin Intan Najuwa, 27, berkongsi kegembiraan apabila rumah tangga yang dibina bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata, tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi Intan menerusi laman Instagram. Menerusi hantaran itu, Intan dilihat berkongsi rakaman imej ultra bunyi.



“Rahsia kami akhirnya terbongkar. Kami bakal bertiga kelak,” tulisnya.

Pelakon drama Kekasih Rela Paksa itu turut menayang ‘baby bump’ sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Johor itu tidak berkongsi butiran terperinci termasuk usia kandungannya.

Dalam ruangan komen, ramai rakan artis mengucapkan tahniah atas berita gembira itu. Antaranya, Nora Danish, Bella Astillah, Riena Diana, Azira Shafinaz dan ramai lagi.



Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 40, pada Ogos tahun lalu.

Bulan lalu, Intan mengumumkan mahu memperlahankan kerjaya seni atas permintaan suami.

Permintaan itu dibuat suaminya kerana mahu Intan meluangkan lebih banyak masa bersama di rumah. BH

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh



Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker