ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal

ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal

MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis supaya sedia untuk membayar denda RM100 juta kepada UMNO atas tindakannya `melompat’ ke parti lain.

Beliau berkata, ia susulan perjanjian dan akujanji ditandatangani oleh semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya, wajib membayar denda itu kerana mengkhianati parti.

“Jailani kena ingat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021, semua calon BN yang ada menandatangani perjanjian antaranya, kalau kita lompat parti kita boleh didakwa dan dikenakan denda RM100 juta.

“Jadi, YB Jailani (sudah boleh) cari tin (simpanan) banyak-banyak untuk bayar kepada UMNO RM100 juta sebab kamu menang tiket UMNO tapi melompat (keluar parti),” katanya yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri selepas menutup Sambutan Hari Zoonosis Sedunia peringkat negeri di Zoo Melaka, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ruzita Mustaffa dan Penolong Pengarah Zoo Melaka, Nurul Akshikin Zulkharnain.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam satu kenyataan berkata setiap Ahli Parlimen (wakil rakyat) UMNO dan BN terikat dengan perjanjian dan akujanji yang ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah babitkan bon sebanyak RM100 juta.

Katanya, sebarang perlanggaran perjanjian itu menyebabkan mereka wajib membayar RM100 juta kepada parti.

Selasa lalu di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO, sah menyertai PAS berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Muhamad Jailani menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket PKR.

Beliau adalah antara empat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong BN bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau dikatakan dipecat PKR, sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau, menolak dakwaan Jailani kononnya UMNO menang besar pada PRN lalu disebabkan tindakan beliau menarik sokongan terhadap pentadbiran PH ketika itu.

“Saya nak beritahu Jailani sebenarnya bukan sebab kamu seorang (UMNO menang besar pada PRN Melaka) kerana sebenarnya sebab kamulah kerajaan negeri runtuh. Kamulah yang membawa kemusnahan.

“Saya cabar dia, kalau betul-betul anak jantan supaya kita buat Pilihan Raya Keci (PRK) dan kita bertanding sebagai anak jantan. Cuma saya risau disebabkan suka `melompat’, PAS pun tak mencalonkan dia nanti,” katanya. BH

ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker