Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
Seorang penganalisis berpendapat kemasukan Adun Rembia Muhamad Jailani Khamis dalam PAS dijangka tidak beri nilai tambah kepada Perikatan Nasional (PN) menawan Melaka pada PRN akan datang.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata ini kerana kemenangan Jailani sebelum ini bergantung kepada ‘mandat’ diberi penyokong Umno yang bersama Barisan Nasional (BN) menawan 21 daripada 28 DUN pada PRN Melaka 2021.
“Belum tentu akan menang kerana banyak pertimbangan termasuk tempoh untuk mengadakan PRN masih lama (penggal DUN Melaka tamat pada 2026) dan dinamika politik boleh berlaku.
Biarpun PN menang tiga kerusi Parlimen di Melaka pada PRU15 tapi sentimen boleh mengubah gelombang itu, menerusi kepimpinan Ab Rauf Yusof mungkin mampu menang semula, katanya kepada FMT.
Tambahnya, tindakan PAS menerima Jailani turut memaparkan pendirian ‘double standard’ dalam isu ‘lompat parti’, susulan protes keputusan Speaker Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi bekas wakil rakyat Bersatu.
Jika mereka hanya berhujah mengikut kepentingan parti dan keuntungan politik, orang akan tidak mampu nak menilai sikap sebenarnya PN tersebut, katanya.
Turut senada, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata Melaka akan kekal menjadi kubu kuat BN memandangkan pengaruh PN kurang menonjol seperti di pantai timur dan utara.
“Sungguhpun BN agak tergugat di Melaka pada PRU15, ia masih mempunyai kekuatan dan ditambah dengan sokongan Pakatan Harapan (PH), mereka mungkin boleh mempertahan negeri ini.
Kalau kita lihat pada PRN Melaka, BN menang besar dalam situasi pertembungan tiga penjuru dan kemungkinan PH beri laluan kepada Umno juga untuk pertahan DUN Rembia jika berlaku PRK, katanya.
PRU15 menyaksikan BN kalah semua kerusi Parlimen di Melaka di mana PN menang Tangga Batu, Jasin dan Masjid Tanah manakala PH menguasai Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengumumkan Jailani yang digantung keahlian Umno, diterima menyertai parti itu pada 10 Jun 2023, sebelum akta antilompat parti dikuatkuasakan di Melaka.
Jailani menyertai Umno pada Jun 2021 selepas meninggalkan PKR dan mempertahankan kerusi DUN Rembia di bawah tiket BN pada PRN tahun sama. FMT
Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)
You must be logged in to post a comment.