Shima dedah sebab buka tudung

Shima dedah sebab buka tudung

“Bila kita buat benda baik, berniaga dari rumah, mereka (masyarakat) tak ‘support’. Bila saya nak cari duit nak buat bisnes kecil-kecil dari rumah seorang pun tak pedulikan.

“Saya jual mee rebus dan mee jawa secara talian pun tiada sambutan. Bila macam ini, mereka riuh satu kampung,” kata penyanyi Shima.



Shima yang popular menerusi lagu Teringin mengulas mengenai kekecewaan terhadap peminat yang mengecamnya tanpa usul periksa.

Nama penyanyi itu menjadi tular berikutan sebuah portal hiburan memuatkan pengakuannya yang kini tidak lagi bertudung.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, berkata, perbuatan ini bukan dilakukan suka-suka, tetapi dibuat atas nasihat doktor.

“Ia kerana faktor kesihatan sebab saya selalu kena migrain. Saya tak boleh kena panas, sakit menyerang. Bahagian leher pula selalu naik ruam panas. Letak ubat pun lambat nak sembuh.



“Saya sensitif dengan panas dan sangat alergik. Sakit ini akan menyerang. Suami pun tahu perkara ini. Saya sudah tiga tahun tak bertudung kerana masalah penyakit ini.

“Saya biasa sahaja, cuma saya tak muncul dalam media sosial. Itu sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sebelum ini, dia mengalami kesakitan dan bergelut sendirian untuk ke hospital tanpa wang, namun tiada siapa peduli.

“Saya tak ambil peduli dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun.” katanya.



Ditanya keadaan kesihatan sekarang, Shima berkata, penyakit bronkitis yang dideritai setahun lalu mula beransur pulih.

“Saya berjalan pagi-pagi bersama suami sekitar kediaman dan Alhamdulillah, penyakit ini beransur pulih. Cuma, kalau nak menyanyi kena perlahan-lahan kerana paru-paru masih lemah,” katanya. BH

Shima dedah sebab buka tudung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas



Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker