Noh jangan jadikan ‘Bossku’ sebagai alasan masuk Bersatu – Sulaiman
Noh jangan jadikan ‘Bossku’ sebagai alasan masuk Bersatu – Sulaiman
TANJONG KARANG – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar diingatkan tidak mengaitkan Datuk Seri Najib Razak atau Bossku sebagai alasan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak menegaskan, Noh boleh terus menyertai Bersatu tanpa memberi alasan kononnya beliau berasa simpati dengan nasib yang menimpa Najib.
“Bila Bossku tidak dapat pertimbangan dalam mahkamah, jangan letakkan alasan itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, saya rasa itu tidak adillah kepada beliau.
“Mudah saja, kalau nak masuk Bersatu, masuklah, tak payah letak Bossku sebagai alasan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang, di sini, malam ini.
Sebelum ini, MalaysiaGazette melaporkan, bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu mengumumkan untuk menyertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta, 4 Julai lalu.
Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu memohon menyertai Bersatu secara dalam talian pada 3 Julai, tanpa diketahui mana-mana pihak dan sijil keanggotaan juga diterima serta-merta.
Tindakan Noh itu dibuat setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib mengenai kebenaran kewujudan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 agar bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.
Sulaiman turut mempersoalkan sikap Noh yang memberi alasan sebegitu sedangkan ketika Najib dihukum penjara, beliau merupakan salah seorang menteri ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Bossku ke penjara ini sewaktu beliau jadi menteri, waktu Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, bukan zaman Datuk Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Saya lihat supaya kita berlaku adil, beliau boleh mempengaruhi Perdana Menteri (Ismail) dengan meminta penangguhan beberapa bulan hukuman kepada Datuk Seri Najib,” katanya lagi. MG
Noh jangan jadikan ‘Bossku’ sebagai alasan masuk Bersatu – Sulaiman
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)