Akmal bidas PAS terima katak politik

Marah ‘katak politik’ tapi terima Adun Umno.

Akmal bidas PAS terima katak politik

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mempersoalkan tindakan PAS menerima Adun Rembia, Muhamad Jailani Khamis selepas membantah keputusan speaker Dewan Rakyat mengekalkan kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“…kalau seminggu yang lepas (mereka) cukup marah dengan tindakan katak-katak politik dari PN (Perikatan Nasional) melompat ke kerajaan.



Tapi hari ini PAS sanggup berdiam diri dan menerima katak politik menyokong mereka. Jadi, mana pendirian PAS dalam isu ini? katanya kepada FMT.

Rabu lalu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengesahkan Bersatu menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul menolak permohonan parti itu mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimennya menyokong Anwar.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Susulan itu, beberapa pemimpin PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan Johari mengekalkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu itu bercanggah Perlembagaan dan apa gunanya menggubal akta antilompat parti, tetapi tidak mempraktikkannya.



Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengumumkan Jailani yang juga wakil rakyat digantung keahlian Umno, diterima menyertai parti itu pada 10 Jun 2023, sebelum akta antilompat parti dikuatkuasakan di Melaka.

Jailani menyertai Umno pada Jun 2021 selepas meninggalkan PKR.

Akmal berkata, tindakan Jailani menyertai PAS tidak memberi kesan langsung kepada Umno Melaka dan parti itu sedia berdepan PAS dan PN, jika PRK diadakan di DUN Rembia.

Kita jumpa di PRK Rembia, kata Adun Merlimau itu. FMT



Akmal bidas PAS terima katak politik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain



Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga



Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker