ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
Seorang wakil rakyat kerajaan mempersoal pengumuman mengenai penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis ke dalam PAS.
Chong Zhemin (PH-Kampar) ketika mencelah sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 menyifatkan tindakan itu seolah-olah penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan berkaitan akta antilompat parti.
“Kalau sudah lompat, kenapa tak umum tahun lalu? Hari ini baru umum. Tunggu (lebih) setahun, lepas itu datang ke Parlimen buat pengumuman mahu membodohkan rakyat Malaysia.
“Jadi saya mahu tanya adakah mereka dapat apa-apa kebenaran untuk buat sidang media macam ini yang telah menghina Parlimen Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat, petang ini.
Terdahulu, Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai PAS berkuat kuasa Jun tahun lalu, dengan perkara itu diumumkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan Muhamad Jailani pada 10 Jun 2023.
Menerusi perkembangan itu, komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kini dianggotai tiga wakil pembangkang, meningkat seorang berbanding selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021.
Sementara itu, Zhemin menyifatkan PAS bersifat hipokrit memandangkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) masih memakai lilitan riben putih pada lengan sebagai tanda protes terhadap keputusan Parlimen ke atas enam wakil rakyatnya yang dihentikan keahlian daripada BERSATU.
“Jangan pakai riben sambil kata nak umum ada ADUN yang lompat masuk parti PAS. Tindakan ini seperti cakap tak serupa bikin…. hipokrit paling besar dan saya rasa kita tak boleh terima.
“Mereka (pembangkang) apabila ada Ahli Parlimen mereka yang bagi sokongan (tidak dikategorikan sebagai) lompat parti, tetapi mereka bantah dan pakai riben putih.
“Namun kini dengan terbuka mereka umum ada Yang Berhormat telah lompat parti dengan terbuka dan mereka kata tahun lepas lompat dan bukan hari ini,” katanya. BH
ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)