Kicauan RM200,000 Murai Batu

Kicauan RM200,000 Murai Batu

Ada yang menganggap harganya tidak masuk akal. Namun wujud spesies burung tempatan mempunyai nilai lebih tinggi berbanding emas 916.

Difahamkan spesies burung murai batu seberat 30 gram (g) yang mempunyai kelunakan suara emas boleh dijual di pasaran gelap mencecah harga antara RM100,000 hingga RM200,000 seekor.

Harga luar biasa ditawarkan ini jauh lebih tinggi berbanding emas 916 bernilai RM10,110 bagi jumlah berat sama (30 gram).

Selain itu, siasatan dan risikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) turut mendapati spesies burung lain seperti bayan puling, burung daun, burung merbah jambul, burung merbah luris leher dan burung murai gajah boleh dijual mencecah harga sehingga RM20,000 seekor.

Kenaikan harga mendadak ini antara faktor kegiatan menangkap serta menjual pelbagai burung liar dilindungi melalui kaedah pengiklanan di media sosial kian meningkat.

Susulan itu Perhilitan melalui pasukan khas Wildlife Crime Unit (WCU) digerakkan bagi memburu ‘kaki’ sindiket ini.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya, dalam operasi pertama pada jam 4 petang, Rabu lalu, sepasukan pegawai WCU Perhilitan diketuai Celescoriano Razond serta enam anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras Kajang.

“Seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang sedang menunggang motosikal ditahan. Pemeriksaan pada motosikalnya menemui dua ekor burung bayan puling iaitu spesies unggas dilindungi.

“Suspek gagal mengemukakan lesen atau permit yang membolehkan menyimpan hidupan liar berkenaan. Susulan itu dia didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.

Susulan tangkapan pertama itu, pihaknya melakukan operasi kedua di sebuah kediaman di Batu 9, Jalan Cheras Kajang sebelum menahan empat lagi individu berusia 20- hingga 50-an.

Hasil pemeriksaan di kediaman itu menemui 19 ekor burung bayan puling dan seekor burung serindit disimpan di dalam sangkar tanpa lesen.

“Turut dirampas 11 unit jebak untuk menjerat unggas berkenaan. Semua suspek turut ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi ke tiga dilakukan di sebuah pangsapuri Saujana Permai, Kajang, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an.

“Pemeriksaan dilakukan di kediaman itu menemui 43 ekor burung serindit disimpan di dalam sangkar. Kami percaya semua burung liar itu dijerat dan dijual secara haram.

“Suspek dikesan menggunakan medium media sosial untuk mencari pelanggan dan memasarkan burung berkenaan yang dijual pada harga sehingga ribuan ringgit,” katanya.

Menurutnya, kegiatan penjualan burung liar dilindungi melalui media sosial semakin rancak kebelakangan ini susulan permintaan tinggi dalam kalangan peminat unggas bersuara lunak.

“Anggaran semua rampasan burung liar itu mencecah RM200,000,” katanya. HM

Kicauan RM200,000 Murai Batu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker