Kerajaan Madani takut kalah lagi jika PRK dilakukan – Muhyiddin

Kerajaan enggan mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Dewan Rakyat yang disandang bekas ahli Bersatu kerana takut kalah dalam pilihan raya lagi, dakwa Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya pada konvensyen parti itu pagi ini, presiden Bersatu itu berkata pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap baru-baru ini adalah bukti bahawa terdapat peningkatan sokongan terhadap gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun mereka berkuasa, mereka sebenarnya lemah, amat lemah. Saya tidak pernah lihat dalam sejarah politik saya parti kerajaan boleh kalah dengan begitu teruk dalam sebuah PRK. Dengan segala kuasa yang ada pada mereka, aneh mereka kecundang sebegitu rupa.



“Kerana itulah mereka takut hendak mengisytiharkan kekosongan enam kerusi parlimen dan satu kerusi DUN yang disandang oleh bekas ahli-ahli Bersatu yang berpaling tadah walaupun tindakan itu bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka sanggup langgar peruntukan perlembagaan yang mereka sendiri perjuangkan dan gubal kerana takut kalah,” katanya.

Muhyidin, yang merupakan bekas perdana menteri, menyampaikan ucapan pelancarannya pada konvensyen khas yang diadakan di Selayang, Selangor.

Ia diadakan sebagai sesi menghuraikan dan menyemai idealisme dan prinsip Bersatu kepada ahli parti.



Dalam ucapannya, Muhyiddin mendakwa rakyat sudah muak dengan kerajaan dan dengan itu mula mengalihkan sokongan kepada PN.

Ini, katanya, terbukti pada PRK Sungai Bakap di Pulau Pinang yang menyaksikan PN berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih besar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya



Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker