Keputusan Speaker tidak boleh dicabar di Mahkamah, Bersatu akan berdepan jalan sukar

Bersatu berdepan jalan sukar untuk mencabar keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul yang mengekalkan kerusi enam bekas ahli Parlimen parti itu, kata ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata Bersatu boleh mengambil dua jalan untuk menghadapinya, dan jalan ketiga jika kedua-duanya tidak berjaya.

“Pertama, Bersatu boleh merujuk ke mahkamah untuk mencabar keputusan yang di-pertua. (Namun) Agak susah untuk berjaya kerana ada Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan (yang menyatakan prosiding Dewan Rakyat tidak boleh dibawa ke mahkamah).



“Tetapi tidak rugi untuk mencuba. Mahkamah adalah benteng terakhir untuk rakyat mendapatkan keadilan,” kata ahli Parlimen Pasir Gudang itu dalam kenyataan, hari ini.

Jalan kedua, menurut Hassan, adalah mengadakan protes di jalan raya seperti yang dicadangkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Malaysia sebuah negara demokrasi. Di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, dijamin hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun.

“Maka mereka boleh berhimpun, syaratnya aman, beri notis kepada polis. Jangan bawa senjata, jangan berhimpun di kawasan yang tidak dibenarkan.



“Jika semua dipatuhi, maka berhimpunlah dengan aman, polis akan bantu sebagai pemudah cara. Jangan takut, gunakan hak anda sebagai rakyat di sebuah negara demokrasi,” katanya.

Jika kedua-duanya gagal membuahkan hasil, Hassan berkata adalah membiarkan rakyat membuat pilihan dalam PRU16.

‘Keputusan khilaf’

Mengulas keputusan Johari, Hassan berkata Johari telah membuat “khilaf” yang tidak boleh dicabar.



Namun, kata Hassan, pandangannya berkenaan perkara itu tidak relevan lagi kerana keputusan sudah pun dibuat.

“Saya boleh tulis hujahan undang-undang yang lengkap seperti menyiapkan tesis PHD untuk menyatakan keputusan yang di-pertua itu khilaf, tetapi ia tidak ada kesan positif dari segi proses perundangan.

“Ini disebabkan keputusan yang di-pertua yang dibuat dalam prosiding Dewan Rakyat, walaupun khilaf, tidak boleh dicabar atau dibicarakan di mahkamah, seperti dinyatakan dalam Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak keistimewaan kepada Parlimen,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal



Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus



Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker