Kamu katak politik #dasarpenjilattegar

Kamu katak politik #dasarpenjilattegar

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Datuk Lokman Noor Adam juga adalah katak politik.

Menurut Akmal, Lokman merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai UMNO.



Namun, jelas beliau, disebabkan Lokman kalah bertanding dalam pilihan raya, maka akta Anti Lompat Parti tidak terpakai terhadapnya.

“Kalau ikut fahaman otak Lokman Adam, kalau tidak keluar parti tetapi menyokong parti lawan bukan dianggap lompat parti dan bukan katak politik.

“Jadi jika ada wakil rakyat kerajaan yang menyokong pembangkang walaupun tidak keluar parti bolehlah?Kita kena sokonglah tindakan tu?” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Lokman dikatakan mengingatkan Akmal supaya tidak menjadi jurucakap kepada Perikatan Nasional (PN) berhubung isu enam Ahli Parlimen Bersatu yang dikekalkan kerusi mereka di Dewan Rakyat.



Ia susulan kenyataan Akmal yang mempersoalkan keputusan Speaker tidak mengosongkan kerusi terbabit meskipun selepas Ahli Parlimen Bersatu berkenaan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Akmal turut mengambil contoh ADUN Rembia yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dan masih ahli UMNO tetapi berkempen serta mengundi mengikut parti lawan dalam sidang DUN Melaka.

“Itu (ADUN Rembia) dikira bukan katak politiklah ya untuk kamu?” katanya.

Tambah Akmal, apa pun istilahnya apabila individu yang menang atas parti lain tetapi menyokong parti lain selepas menang walaupun tidak keluar parti, ia merupakan tindakan lompat parti atau katak politik.



“Bila berbeza pendapat, tuduh orang jadi jurucakap parti lain, inilah level orang yang tiada otak dan buatkan rakyat benci pada orang politik.

“Teruskan menjadi bodoh wahai Lokman Adam kerana rakyat tidak bodoh, yang bodoh macam tiada otak itu hanya kau sahaja!!!” katanya.

Menerusi hantaran Facebook yang sama, Akmal turut memuatkan tanda pagar #dasarpenjilattegar. MG

Kamu katak politik #dasarpenjilattegar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal



Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus



Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker