Johari berhak tentu status 6 Ahli Parlimen, kata peguam
Johari berhak tentu status 6 Ahli Parlimen, kata peguam
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berhak membuat pertimbangan bebas memutuskan enam Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan tidak perlu mengosongkan kerusi.
Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata Johari tidak tertakluk mengikuti keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengisytiharkan kekosongan atas alasan terhenti keahlian parti.
Katanya, Parlimen wujud dengan bebas dan speakernya tidak dibelenggu apa jua perkara diputuskan DUN.
Firoz mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang kecewa kerana Johari enggan mengikuti keputusan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah, mengisytiharkan Nenggiri kosong bulan lalu.
Bercakap pada sidang media pada Selasa, Muhyiddin mengesahkan Johari menolak gesaan Bersatu mengisytihar enam kerusi Parlimen kosong. Katanya, parti akan melantik peguam bagi mencabar keputusan Johari di mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Perlembagaan Bastian Pius Vendargon, berkata secara umumnya keputusan speaker tidak boleh dicabar di mahkamah.
“Badan perundangan adalah cabang bebas kerajaan mengawal dan mengurus prosidingnya dengan mahkamah tidak akan campur tangan,” katanya.
Vendargon berkata, jika Perikatan Nasional (PN) berhasrat mempertikai perkara itu, halangan pertamanya adalah memuaskan hati mahkamah, bahawa badan kehakiman bebas campur tangan dalam urusan badan perundangan.
Peguam kanan itu berkata, pertikaian substantif hanya boleh didengar jika halangan itu diselesaikan.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak cubaan Bersatu mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah, yang dimenangi bekas ahlinya pada PRU 2022.
Hakim Amarjeet Singh enggan memberi kebenaran kepada parti itu memulakan prosiding semakan kehakiman, sambil menyatakan mahkamah tidak mempunyai kuasa menyemak keenganan Johari mengisytiharkan kekosongan kerusi.
Rayuan Bersatu masih berjalan di Mahkamah Rayuan.
Bulan lalu, Bersatu mengumumkan enam wakil rakyatnya yang dianggap penentang, termasuk Adun Nenggiri Azizi Abu Naim, dan Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari, terhenti keahlian selepas gagal memberi maklum balas bagi mengukuhkan semula taat setia kepada parti.
Pada 19 Jun, Amar mengumumkan kerusi Nenggiri kosong, justeru membawa kepada PRK diadakan pada 17 Ogos.
Enam Ahli Parlimen yang kekal adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan). FMT
Johari berhak tentu status 6 Ahli Parlimen, kata peguam
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.