Tiada pampasan waris mangsa nahas pesawat Double Six – Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Australia bagi memberikan pampasan kepada waris mangsa nahas pesawat Double Six yang berlaku pada 1976 sehingga meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ini kerana Laporan Akhir Siasatan Kemalangan Udara Pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang telah diklasifikasikan semula dan diumumkan kepada awam pada 11 April 2023 dengan jelas menyatakan punca kemalangan itu adalah disebabkan kesilapan manusia.

“Dengan jelas menyatakan bahawa punca kemalangan tersebut adalah disebabkan oleh kesilapan manusia dan bukannya berpunca daripada kesalahan teknikal atau sabotaj daripada mana-mana pihak.



“Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan tidak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan Australia bagi memberikan pampasan kepada waris mangsa,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) mengenai adakah kementerian bercadang untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan Australia untuk memberikan pampasan kepada waris keluarga mangsa nahas pesawat Double Six yang berlaku pada 1976 sehingga meragut nyawa Fuad.

Sebelas nyawa terkorban dalam tragedi Double Six termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah ketika itu iaitu Fuad; Datuk Peter Joinod Mojuntin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah); Datuk Chong Thien Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah dan Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Sabah).

Turut terkorban adalah Datuk Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah); Datuk Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah); Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah) dan Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia).



Selain itu, Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Ketua Menteri Sabah); Johari Fuad Stephens (anak kepada Ketua Menteri Sabah) dan Gandhi J Nathan (juruterbang pesawat 9M-FTZ) turut terkorban.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 April tahun lalu berkata, keputusan mendedahkan laporan akhir tragedi Double Six itu dibuat selepas mengambil kira tuntutan oleh keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan.

Dalam kejadian itu, pesawat dikendalikan Sabah Air membawa rombongan berkenaan yang dalam perjalanan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker