Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Tak tanya banyak terus ‘transfer’ duit ke akaun bank

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

BEKAS penyampai radio, Shuk Sahar akui pernah berada pada fasa terendah sehingga terpaksa meminjam RM10,000 daripada Shuib Sepahtu selepas hilang punca pendapatan.

Semua itu berlaku kesan daripada dirinya dihambat kontroversi panas beberapa tahun lalu hingga membuatkan dia tidak lagi menerima tawaran seni.



Selain menyebut nama Shuib, Shuk turut mendedahkan Nabil Ahmad dan Ebby Yus juga antara rakan industri yang menghulurkan wang ringgit kepadanya.

“Kalau pinjam duit, Shuib lah. Tapi sehingga satu tahap, saya sendiri berhenti meminjam daripada dia sebab jumlah hutang saya dengan dia sudah sampai RM10,000.

“Ada juga rakan artis yang tolong saya waktu susah dulu. Saya kena sebut nama ini…Nabil Ahmad dan Ebby Yus. Saya ingat lagi, dulu saya salah seorang selebriti yang dilantik menjadi duta kepada satu jenama baju raya.

“Tapi sebab terpalit dengan kontroversi, kontrak saya ditamatkan dan tidak lagi disambung. Pada hari yang sepatutnya kami ‘shooting’ untuk jenama tersebut tapi saya tak munculkan diri, Nabil telefon saya tanya ‘kenapa tak ada?’.



“Saya cakaplah memang dah tak ada. Petang hari sama tu, dia terus ‘bank in’ duit kepada saya. Sama juga dengan abang Ebby yang minta nombor akaun dan terus masukkn duit. Inilah orang-orang yang saya memang akan ingat,” katanya kepada URTV.

Shuk berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media Dol’s Podcast yang berlangsung di The Curve, Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Pada masa sama, Shuib mula sedar ramai rakan-rakannya yang rapat satu ketika dahulu kini semakin menjauh.

“Ada yang mengaku depan saya bila kami berjumpa, isteri artis tu yang suruh suami dia sekat nombor telefon saya.



“Benda ini memang berlaku. Tapi sekarang ini Alhamdulillah, kehidupan saya lebih baik dan Allah berikan peluang untuk saya jadi suami buat kali kedua.

“Selain itu, jadi bapa kepada anak-anak saya. Macam mana sekali pun, saya ada anak-anak yang perlu dijaga.

“Paling penting, sekarang ini saya dah boleh jalani hidup normal. Tak ada nak meminjam duit dengan orang lain, tagih simpati orang.

“Saya akan jaga apa yang ada sekarang ini. Bukan nak kata sudah selesa macam dulu tapi lebih baik sekarang ini,” tuturnya.



Untuk rekod, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun mereka bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Shuk kemudian berkahwin dengan Fara Salleh pada November tahun lalu. Utv

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker