Restoran ‘no pork, no lard’ perlu dapat sijil halal Jakim

Restoran ‘no pork, no lard’ perlu dapat sijil halal Jakim

JOHOR BAHRU – Restoran milik bukan Islam yang mengguna pakai perkataan ‘no pork, no lard’ (tiada daging dan lemak babi) perlu mendapat sijil halal secara sah bagi mengelakkan kekeliruan status makanannya selain menepati standard dan spesifikasi ditetapkan.

Presiden Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW), Noorman Kamsani berkata, pihaknya sedia membantu restoran atau premis makanan terbabit untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Katanya, langkah berkenaan penting bagi menjamin makanan atau minuman yang ditawarkan itu benar-benar halal statusnya.



“Ini kerana MFW bimbang kesahihan status halal sesebuah restoran yang mengguna pakai perkataan ‘No pork no lard’ semata-mata bertujuan menarik pelanggan Muslim.

“Apabila bekerjasama dengan MFW, kita akan bimbing perkara asas berkenaan halal iaitu tekankan soal kebersihan, keselamatan dan kualiti. Logo Muslim Choice akan diberikan MFW untuk diletakkan di premis mereka. Ini proses sebelum mereka dapat sijil halal.

“Untuk itu kita berharap membantu lebih banyak pengusaha premis restoran terbabit mendapatkan sijil pengesahan halal dikeluarkan pihak Jakim.

“Kami mahu mengubah persepsi bukan sahaja pengguna tetapi juga pengusaha premis itu sendiri bahawa perkataan ‘no pork, no lard’ sahaja tidak mencukupi untuk mengatakan makanan atau minuman di premis berkenaan halal,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara MFW dan Zajas Sdn Bhd untuk mendapatkan sijil halal di Pejabat Majlis Tindakan Pengguna Malaysia (MTPN), Mount Austin di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Kebangsaan MTPN, Datuk Dr Kevy KV Yeo dan Pengerusi Zajas Sdn Bhd, Datuk Zainal Abidin Jaafar.
Mengulas lanjut, Noorman berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat Zajas Sdn Bhd yang merupakan syarikat dilantik Jakim untuk membantu syarikat-syarikat membuat permohonan mendapatkan sijil halal bertaraf antarabangsa tersebut.

“Untuk tahun pertama kerjasama ini, kita sasarkan 1,000 syarikat baharu yang akan berjaya mendapatkan sijil halal Jakim, manakala jumlah itu dijangka bertambah kepada 2,000 atau 3,000 setahun,” katanya.

Menurut Noorman, kerjasama antara MFW dengan Zajas Sdn Bhd itu adalah bagi tempoh lima tahun dengan matlamat utama memperkasa sektor industri kecil dan sederhana (IKS) ke pasaran halal global.



Difahamkan setiap tahun lebih 10,000 syarikat tempatan dan antarabangsa membuat permohonan bagi mendapatkan sijil halal Jakim dengan purata 60 hingga 70 peratus syarikat berjaya.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, terdapat pelbagai sektor perniagaan yang memerlukan sijil pengesahan halal bagi pengguna termasuk makanan dan minuman, kosmetik, pusat sembelihan, produk perubatan, barangan kegunaan harian dan lain-lain.

“Sijil halal Jakim ini bukan sahaja diiktiraf di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Mana-mana produk yang mempunyai sijil halal Jakim juga mudah menjalankan perniagaan khususnya di negara-negara Islam antarabangsa.

“Kami juga berharap melalui kerjasama ini, lebih banyak usahawan tempatan dapat meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan mereka ke tahap antarabangsa demi manfaat pengguna,” ujar bekas Pengarah Jakim itu. MG



Restoran ‘no pork, no lard’ perlu dapat sijil halal Jakim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai



Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula

Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak



Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker