Pencen diselaraskan selari semakan gaji penjawat awam – Menteri
Pencen diselaraskan selari semakan gaji penjawat awam – Menteri
Kerajaan memberi jaminan bayaran pencen kepada lebih 931,000 pesara akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa, berkata secara dasarnya, pencen diterima pesara dan penerima pencen akan diselaraskan mengikut peruntukan Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).
“Seksyen ini memperuntukkan bahawa pencen atau elaun persaraan seseorang pegawai hendaklah diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat.
“Justeru, bayaran pencen juga akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam dalam Kajian SSPA,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Perdana Menteri menyatakan adakah pencen yang diterima pesara kerajaan bakal diselaraskan ekoran pengumuman semakan gaji penjawat awam baru-baru ini.
Poay Tiong mendakwa ramai pesara kerajaan gusar mengenai kedudukan mereka.
Media pada Mac lalu melaporkan tanggungan kerajaan ke atas pembayaran pencen merangkumi pesara perkhidmatan awam, ahli Parlimen dan anggota pentadbiran, setiausaha politik dan hakim meningkat lebih RM1 bilion setiap tahun.
Dr Zaliha dilaporkan berkata kerajaan membayar RM32.01 bilion kepada 931,707 pesara tahun lalu, meningkat RM1.75 bilion berbanding tahun sebelumnya yang dibayar kepada 902,999 pesara.
Beliau juga dilaporkan berkata pada 2022 kerajaan membayar pencen sebanyak RM30.26 bilion, meningkat RM2.22 bilion berbanding 2021 yang dibayar kepada 878,441 pesara membabitkan bayaran RM28.04 bilion.
Minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini.
Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setaraf dengan kerja keras mereka selama ini. BH
Pencen diselaraskan selari semakan gaji penjawat awam – Menteri
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis