Noh Omar akhirnya ‘kahwini’ BERSATU

TANJONG KARANG: Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini

mengumumkan menyertai BERSATU selepas dipecat UMNO tahun lalu kerana melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Noh berkata, beliau memohon untuk menyertai BERSATU secara dalam talian semalam dengan mengisi borang dan terus diterima.



“Tiada siapa yang tahu. Kemudian saya terus dapat sijil menjadi ahli BERSATU,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan, hari ini

Beliau berkata, keputusan drastik itu dibuat selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak berjaya mencabar Titah Adendum di mahkamah.

Mahkamah Tinggi semalam, menolak permohonan bekas presiden UMNO itu memulakan semakan kehakiman terhadap kerajaan untuk memaksa penzahiran titah adendum dikatakan, dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, membolehkannya menjalani tahanan di rumah.

Noh berkata, keputusan untuk menyertai BERSATU agak berat dan lebih setengah tahun baru berbuat demikian kerana mengingati pesanan Najib yang ditemuinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebelum ini.



“Saya masih ingat pesanan beliau kepada saya. ‘Noh, you kena sabar, jangan masuk mana-mana parti. Bertenang dan bersabar…Insya-Allah perjuangan kita akan berjaya’.

“Saya menghormati dan mematuhi pandangan serta arahan daripada beliau. Sebab itu saya tidak memasuki mana-mana parti politik sebelum ini,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis

Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma



Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker