Dakwaan pemimpin DAP mohon tanah di Kelantan buat dewan kecoh
Dakwaan pemimpin DAP mohon tanah di Kelantan buat dewan kecoh
Dakwaan ada pemimpin DAP memohon tanah di Kelantan mencetuskan pertikaian sehingga membawa kepada kekecohan di Dewan Rakyat.
Perkara itu dibangkitkan Awang Solahuddin Hashim (PN-Pendang) yang mendakwa perkara itu tidak disedari oleh ramai wakil rakyat DAP sendiri.
Dakwaan Awang Solahuddin itu mengundang rasa tidak puas hati RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mencabar wakil rakyat PAS itu supaya mendedahkan nama dan mengemukakan bukti.
“Siapa yang minta tanah di Kelantan, saya cabar nyatakan sekarang kalau berani.
“Nyatakan nama, siapa pemimpin DAP yang minta tanah di Kelantan, nyatakan di parlimen, Pendang saya cabar,” kata Rayer.
Dia berkata demikian ketika bangkit mencelah pada sesi penggulungan rang undang-undang (pindaan) 2024 bagi meminta Akta Audit 1957 oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, M Kulasegaran.
Menjawab cabaran Rayer, Awang Solahuddin berkata dia sedia untuk menyenaraikan nama pemimpin DAP yang memohon tanah di Kelantan.
“Saya akan senaraikan…ramai pemimpin DAP mohon tanah di Kelantan, dia tak sedar.
“Bukan takat minta, dah dapat pun,” jelas Awang Solahuddin.
Jawapan Awang Solahuddin menyebabkan Rayer terus menekannya supaya mendedahkan nama individu yang memohon tanah berkenaan.
“Tanya (ahli Parlimen) Beruas (Ngeh Koo Ham),” kata Awang Solahuddin menjawab pertanyaan Rayer.
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu membangkitkan dakwaan pemimpin DAP memohon tanah di Kelantan sebagai tindak balas terhadap kenyataan Rayer.
Rayer sebelum itu mencelah meminta kerajaan memberi pendedahan terperinci berhubung isu perlombongan emas Akademi Yakin Sdn Bhd (AYSB) yang turut dikaitkan dengan bekas timbalan menteri besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.
Isu AYSB petang semalam dibawa Rayer juga mencetuskan pertikaman lidah sehingga Timbalan Speaker Alice Lau terpaksa menangguhkan persidangan.
Kulasegaran pada sesi penggulungan itu juga meminta Pendang supaya tidak membuat pertuduhan tanpa asas terhadap pemimpin DAP.
Katanya, polisi DAP tidak membenarkan mana-mana ahli ataupun pemimpinnya memohon tanah daripada mana-mana kerajaan untuk kepentingan peribadi.
Lau yang sekali lagi mempengerusi persidangan petang ini meminta Rayer mengemukakan usul sekiranya tidak berpuas dengan tuduhan Awang Solahuddin.
“YB boleh bawa usul minta Pendang jawab dalam usul,” kata Lau. Mk
Dakwaan pemimpin DAP mohon tanah di Kelantan buat dewan kecoh
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
You must be logged in to post a comment.