Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Tindakan orang ramai mengambil kesempatan dengan mengutip sotong dari sebuah lori yang terbalik di tepi persimpangan Elmina, Lebuh Raya Guthrie (GCE) mendapat perhatian semalam.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @_aimaan, mereka memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan sudah siap membawa plastik untuk mengisi sotong-sotong tersebut.



Berdasarkan situasi, walaupun bekas-bekas tong dan makanan mentah itu bersepah jatuh di atas rumput dan jalan tar yang kotor, namun mereka tetap mengambilnya dengan kuantiti yang banyak.

Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi kerana risau tentang kekotoran serta isu halal atau tidak memakan sotong tersebut.

Bagaimanapun, terdapat pengguna yang mengatakan mereka sudah dimaklumkan oleh pemandu lori bahawa pemilik makanan mentah itu sudah membenarkan dan menghalalkan sotong itu diambil.

“Pemilik sudah izinkan, jadi tak salah lah nak ambil, orang bagi kenapa mahu tolak itukan rezeki,” komen @ramadani.



“Kalau dari segi hukum, ambil hak orang lain adalah haram tapi banyak saksi yang mengatakan tuan dia sendiri yang suruh ambil, maka halal jadinya,” komen @dyiafitri.

“Saya tengok ramai yang ambil dalam tong sebab kat luar kotor, lagi-lagi dekat jalan tar. Semoga dipermudahkan urusan,” komen @anisyaputra.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 687,000 tontonan, 18,000 tanda suka dan 5,000 perkongsian. K Online

Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim



Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?



Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker