Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman

Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman

Selepas mengejutkan ramai dengan kisah perceraian, pelakon Nora Danish sekali lagi me­ngundang perhatian dengan memberi bayangan dirinya mengimpikan seorang suami yang mampu membimbing ke jalan Allah SWT.

Perkara tersebut mula tercetus selepas Nora atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkongsi sebuah video di Instagram yang memuatkan sebuah kisah seorang suami yang mahu isterinya taat pe­rintah Tuhan dengan mendirikan solat.



Nora bagaimanapun tidak menulis sebarang kapsyen pada hantaran itu sebaliknya hanya meletakkan emoji berbentuk hati berwarna hitam dan putih.

Rata-rata netizen dalam ruangan komen meninggalkan komen positif dan turut berkongsi pandangan bahawa suami yang baik adalah yang mampu membimbing isteri ke jalan yang lebih baik.

“Isteri memang perlu seorang suami yang boleh membimbing dan sentiasa me­ngingatkan pasangan tentang akhirat.

“Terima kasih Nora kerana berkongsi kisah ini. Harap dikurniakan suami yang lebih baik satu hari ­nanti.



“Semoga Nora dikurniakan seorang suami dan jodoh yang beriman serta mampu memimpin ke jalan yang diredai,” komen netizen.

Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Moha­med Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008. K Online



Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati



Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak



Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker