JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ

TMJ pertikai keputusan MFL ringankan hukuman Selangor FC

JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mempertikaikan keputusan Malaysian Football League (MFL) meringankan hukuman ke atas Selangor selepas mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, tindakan ‘mengheret’ Sultan ke dalam permasalahan bola sepak dilihat bakal menimbulkan kebimbangan dan menjadi ikutan oleh pasukan bermasalah bagi menyelesaikan isu dihadapi mereka dengan jalan mudah.



“Selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang liga, suruh Sultan tulis surat murka sahaja senang.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat. Selepas ni Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?,” tulis Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di akaun Facebook.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan amat dukacita dengan keputusan ahli-ahli MFL serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC ke perlawanan Sumbangsih, 10 Mei lalu.

Dalam titah kenyataan, baginda turut terkejut kerana Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini adalah bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta penerima darjah kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) daripada baginda.



Baginda yang juga Penaung FAS turut menzahirkan pandangan bahawa hukuman dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan sudah pun diberikan kepada pasukan lawan.

“JDT daripada 2013 kena denda beratus ribu, saya kena ‘banned’ 6 bulan, tidak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan. Siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat ‘U-Turn’ tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda Tokong sebenar bola sepak Malaysia,” tulis Tunku Mahkota Ismail. BH

JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati



Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak



Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker