Tak undi RUU, adakah PM, menteri DAP juga perlu pindah blok pembangkang, soal Wee
Tak undi RUU, adakah PM, menteri DAP juga perlu pindah blok pembangkang, soal Wee
Presiden MCA Wee Ka Siong membidas Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng yang menuduh dua wakil rakyat parti itu cuba memboikot undian Rang Undang-undang (RUU) Mavcom (Pembubaran) 2024 semalam.
Di Dewan Rakyat, MCA hanya mempunyai dua Ahli Parlimen iaitu Wee (Ayer Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjong Piai) yang juga naib presiden.
Selepas RUU itu diluluskan menerusi undian suara, Lim meminta Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menyiasat sama ada wakil rakyat blok kerajaan, memetik nama dua Ahli Parlimen MCA itu sengaja memboikot sesi berkenaan.
Jika benar tindakan itu disengajakan, katanya, dua wakil rakyat itu wajar dipindahkan ke blok pembangkang.
Dalam kenyataan di Facebook, Wee membidas tindakan Lim itu dengan menyatakan bahawa terdapat sembilan lagi wakil kerajaan yang tidak menyertai proses undian RUU itu.
Mereka terdiri daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof; Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming; Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak); Aminuddin Harun (Port Dickson); Chow Kon Yeow (Batu Kawan); dan Amirudin Shari (Gombak).
Wee bertanya sama ada kedudukan perdana menteri dan menteri-menteri DAP juga wajar dipindahkan.
“Adakah Ahli Parlimen Kepong daripada DAP ini nak kata mereka ini juga ‘boikot atau khianat terhadap RUU yang dibentangkan oleh kerajaan’?
“Kesemuanya 66 Ahli Parlimen tidak hadir untuk mengundi. Kenapa DAP hanya pertikai dua Ahli Parlimen MCA saja?” soalnya.
Dewan Rakyat semalam meluluskan RUU untuk membubarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bertujuan memindahkan hak, kuasa dan dananya kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). FMT
Tak undi RUU, adakah PM, menteri DAP juga perlu pindah blok pembangkang, soal Wee
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
Sudahlah kalah, lamaran ditolak
You must be logged in to post a comment.