Pegawai Kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan

Pegawai Kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan

Georgetown: Polis sudah merekod keterangan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang yang dilapor tertembak diri sendiri dalam kejadian pada 11 Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, keterangan mangsa sudah dibuat pada Rabu lalu di wad Hospital Seberang Jaya, di sini.

“Berdasarkan keterangan, mangsa mengesahkan bahawa pada hari kejadian, dia meminta pistol jenis CZ milik seorang anggota bagi melihat dan mencuba senjata itu kerana mahu tahu bagaimana ia berfungsi.

“Pada masa berkenaan, mangsa tertekan picu dan tertembak diri sendiri,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dalam keadaan sedar.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan mampu berkomunikasi.

“Sehingga kini, seramai empat individu sudah diambil keterangan iaitu terdiri daripada saksi (pemilik senjata), mangsa, pegawai senjata dan anggota kastam,” katanya lagi.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan mengenai kejadian yang berlaku kira-kira 9 pagi, ketika mangsa menghadiri latihan menembak di jabatan itu. HM

Pegawai Kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?

Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker