Mahathir sahaja paling cekap dalam dunia ini – Saifuddin
Mahathir sahaja paling cekap dalam dunia ini – Saifuddin
“Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad seorang sahaja yang paling cekap di dunia ini?”
Demikian persoalan sinis Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai bekas Perdana Menteri yang telah mengkritik Jemaah Menteri di kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kurang cekap dalam pentadbiran dan tiada pengalaman.
Setiausaha Agung PKR itu juga secara berseloroh berkata, beliau bersetuju sepenuhnya kepada dakwaan bekas Ahli Parlimen Langkawi.
“Saya setuju sebab yang paling cekap dalam dunia ini adalah cuma Dr Mahathir seorang sahaja. Saya setuju sepenuhnya,” katanya sinis pada sidang media di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara PDRM (Respa).
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Presiden Respa, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin.
Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, anggota kerajaan diterajui Anwar tidak dapat menterjemah populariti ke arah arah membentuk pentadbiran kerajaan yang padu dan berkesan. MG
Mahathir sahaja paling cekap dalam dunia ini – Saifuddin
Baca Artikel Menarik:
- Hampir semua mahu pencen MP ditukar ke caruman KWSP
- Ramlan Harun pengerusi SPR baru
- Shamsuri, Rosnaida timang anak ke-12
- Penjelasan Anwar mengenai penjualan saham MAHB
- PROLINTAS akui kakitangan ditahan SPRM
- Pekerja IT hilang rupanya sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
- Keris ada kuasa
- Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun
- DAP payung yang tak boleh dibuka semasa hujan
- Mahathir ugut nak pecat saya 3 kali
- Mahathir ‘basuh’ pasukan Umno selama 45 minit
- Rafizi datang lagi
- Dilantik pakar UMCCed, ini kata Siti
- Zul Arifin didakwa miliki pistol tiruan, kurung remaja
- Ular sawa ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?
You must be logged in to post a comment.