Wanita Texas cuba lemaskan kanak-kanak Palestin

Wanita Texas cuba lemaskan kanak-kanak Palestin

WASHINGTON: Wanita Texas didakwa cuba melemaskan seorang kanak-kanak Islam Palestin-Amerika berusia tiga tahun dan menurut polis, tindakan itu bermotifkan berat sebelah dengan suspek membuat kenyataan bermotifkan perkauman.

Insiden itu berlaku Mei lalu tetapi mendapat perhatian media semalam selepas Majlis Perhubungan Islam Amerika menawarkan sokongan kepada mangsa dan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenal pasti individu terbabit mengikut agama dan keturunan.



“Jabatan Polis Euless percaya jenayah itu dilakukan kerana berat sebelah atau prejudis dan itu adalah sebahagian daripada kes kerana ia difailkan dengan pejabat Pendakwa Raya Tarrant,” kata polis dalam satu kenyataan semalam.

Pejabat pendakwa raya berkata, ia menyemak kes berkenaan.

Menurut laporan polis, kejadian berlaku di kolam renang kompleks pangsapuri di pinggir bandar Dallas-Fort Worth, Euless, apabila suspek bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu, yang turut berada di kolam renang bersama anak lelaki berusia enam tahun, dan bertanya dari mana mereka berasal.

Suspek, yang dikenal pasti oleh polis sebagai Elizabeth Wolf, 42, cuba menenggelamkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu dan cuba menangkap seorang budak lelaki berusia enam tahun, kata laporan polis.



Ibu mangsa berjaya menarik anak perempuannya dari air, kata polis. Suspek ditahan dan didakwa dengan cubaan membunuh.

Penyokong hak asasi manusia melaporkan peningkatan dalam insiden Islamofobia, berat sebelah anti-Palestin dan antisemitisme di Amerika Syarikat, sejak konflik terbaru di Asia Barat. BH

Wanita Texas cuba lemaskan kanak-kanak Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan



BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker