Jangan sampai sakiti rakyat sendiri – Pegawai McD

Jangan sampai sakiti rakyat sendiri – Pegawai McD

Seorang pegawai kanan McDonald’s Malaysia menzahirkan kebimbangan di atas vandalisme dan tindakan agresif terhadap pekerja dan pelanggannya, di sebalik solidariti untuk rakyat Palestin.

Azmir Jaafar, yang merupakan pengarah urusan dan rakan operasi tempatan, akui betapa pentingnya kesatuan untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin tetapi jangan hingga menyakiti sesama rakyat Malaysia.



“Kita semua rakyat Malaysia, justeru, tingkah laku sebegini amat menyedihkan dan tidak positif,” katanya dalam kenyataan, dan menambah keselamatan rakyat Malaysia juga perkara utama.

Selain tindakan agresif terhadap pekerja dan pelanggan McDonald’s Malaysia, Azmir memaklumkan vandalisme terhadap restoran semakin menjadi-jadi dan berleluasa.

“Tindakan ini mencetuskan tekanan dan keresahan kepada pekerja kami serta masyarakat sekeliling,” katanya.

Semalam, polis memaklumkan ia mengesan tujuh kes khianat menampal pelekat bendera Israel dan menconteng premis makanan segera dengan perkataan jelik, sejak Selasa lalu.



Empat kes dikesan di Sungai Buloh manakala dua di Petaling Jaya dan satu di Kajang. Polis beri amaran kepada orang ramai agar jangan fanatik berkait isu Palestin hingga membelakangkan undang-undang dan menggugat ketenteraman.

Sementara itu, Azmir menyeru rakyat Malaysia bersama-sama memperjuangkan isu Palestin dengan cara yang bertanggungjawab dan daya upaya yang termampu.

“Tindakan vandalisme dan keganasan tidak akan membawa apa-apa manfaat, malah lebih buruk padahnya,” katanya.

McDonald’s menjadi sasaran boikot selepas penerima francais di Israel, Alonyal, mengumumkan ia akan menyumbang makanan percuma kepada tentera Israel ketika serangan di Gaza. FMT



Jangan sampai sakiti rakyat sendiri – Pegawai McD

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam



Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker