Ozlynn bongkar sikap sebenar Johan

Ozlynn bongkar sikap sebenar Johan

AKTRES, Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak iaitu Johan mendedahkan sisi lain kepribadian yang jarang diketahui ramai.

Ujar Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlynawaty Ismail, 43, perilaku suaminya sangat kontra dengan apa yang dipamerkan kepada masyarakat terutama ketika berada di rumah.



“Saya orangnya tak romantik, saya sangat ‘outspoken and loud’. Johan pula dia tak sama macam orang nampak di luar, dia sebenarnya seorang yang pendiam dan tak banyak cakap.

“Maknanya dia hanya bercakap bila perlu. Dia boleh duduk hadap telefon, dengar ceramah atau tengok program yang dia suka.

“Dia adalah manusia yang tak suka keluar rumah,” katanya menerusi temubual bersama Nona.

Dalam masa sama, dia turut berkata bahawa suaminya sering menitipkan nasihat agar sentiasa mendoakan kebaikan dan melarang daripada mengumpat hal orang lain.



Malah, jika dia marah, itu bermakna terdapat masalah serius dalam isu tersebut kerana sifat marah sangat jarang baginya.

“Dia cakap apa yang jadi dekat keluarga orang, kita doakan yang terbaik untuk mereka.

“Dalam masa yang sama, kita ambil pengajaran dan tauladan untuk keluarga kita. Sebab takut bila kita bercakap tentang orang, Allah bolak balikkan hati kita, kita pula diuji benda yang sama.

“Dia susah nak benci orang, susah nak marah orang tapi kalau dia marah maksudnya perkara itu memang bermasalah,” katanya lagi.



Sementara itu, sebagai isteri, Ozlynn turut berkongsi bahawa dia sering membantu Johan menguruskan hal rumah tangga kerana perbezaan latar belakang yang mereka alami.

“Johan ada dua adik beradik, dia dibesarkan oleh ibu tunggal. Mungkin banyak benda yang dia tak pandai nak buat sendiri, saya pula ayah seorang anggota yang memang buat kerja semuanya sendiri.

“Jadi saya latih Johan daripada awal perkahwinan lagi untuk buat sama-sama,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ozlynn dan suaminya tidak pernah menghalang anak-anak mereka daripada memilih kerjaya yang diinginkan.



Namun, mereka menggalakkan anak-anak agar tidak terlalu tergesa-gesa memilih industri hiburan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

“Dia kata tak ada paksaan tapi sebolehnya elakkan. Sebab industri ni pancaroba banyak sangat. Bukanlah industri ini tak boleh berjaya, kalau jaga diri insya-Allah boleh.

“Sebab tak semua orang boleh hadap, nak hadap netizen dan media sosial. Kalau tanya kami, kami lebih suka anak-anak jadi orang biasa. Sebaiknya jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain,” jelasnya.

Untuk rekod, Ozlyn dan Johan telah sah bergelar suami isteri pada 25 Julai 2009 di Masjid Lembah Jaya, Ampang secara tertutup.



Menerusi perkahwinannya itu, mereka telah diberkati dengan enam orang anak yang menyerikan hidup mereka, iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq. Utv

Ozlynn bongkar sikap sebenar Johan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isham syok sendiri, nama tak masuk dalam buku pun

7 wakil rakyat Bersatu terus ‘buat bodoh’

Puntianak bertenggek ‘teman’ pengendali jengkaut (Video)

Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker