Buka sementara UiTM untuk doktor bukan Bumiputera – Ibrahim
Buka sementara UiTM untuk doktor bukan Bumiputera – Ibrahim
Seorang mantan pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan sokongannya agar institusi pengajian tinggi (IPT) itu membuka sementara ruang untuk pegawai perubatan bukan bumiputera menyambung pengajian ke peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks.
Menurut Ibrahim Shah Abu Shah, ketika ini UiTM satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.
Justeru katanya UiTM tidak boleh membiarkan pelajar berkenaan terkontang-kanting.
“Ini adalah demi kepentingan negara yang kekurangan doktor pakar dalam bidang ini (kardiotoraks).
“Kerana itu UiTM sewajarnya menerima mereka secara sementara menunggu UM (Universiti Malaya) membuka program latihan ini,” katanya kepada Malaysiakini semalam.
Tambah Ibrahim jika IPT terbabit tidak mengubah pendiriannya, akan timbul masalah dari aspek kualiti doktor dalam bidang berkenaan kerana mereka memiliki sijil dari luar negara yang tidak diiktiraf di sini.
“Hal ini melibatkan nyawa orang awam, justeru mereka (pegawai perubatan tempatan) harus dilatih ikut silibus yang betul,” katanya.
Ibrahim sebelum ini menentang keras usaha-usaha untuk pengiktirafan program parallel pathway yang bersandarkan silibus Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed) dengan menyifatkan program tersebut sebagai “haram”.
Bekas naib Canselor UiTM itu turut mendakwa kelayakan FRCS Ed “tidak diiktiraf oleh Royal College of Surgeons of Edinburgh” sendiri.
Masih mahu sekolah vernakular
Dakwanya ada 14 bidang yang ditawarkan dalam program tersebut bagi memberikan latihan kepada pakar-pakar tetapi tidak mengikuti landasan sistem pendidikan sepatutnya.
Latihan tersebut, kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu, dijalankan oleh persatuan yang tidak didaftar secara sah sebagai penyedia pendidikan tinggi.
“Edinburg juga tidak iktiraf mereka. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), dan Agensi Kelayakan Malaysia juga tidak iktiraf mereka,” katanya.
Pada 15 Mei lalu, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menyeru mahasiswa di universiti berkenaan memakai pakaian hitam sebagai membantah rancangan membuka IPT terbabit kepada pelajar bukan bumiputera.
Mereka turut meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan itu.
Penentangan ini timbul apabila timbul cadangan agar UiTM membuka pintu kepada untuk latihan teknikal pakar jantung melalui program parallel pathway kepada pegawai perubatan bukan bumiputera.
Langkah tersebut dirancang hanya untuk sementara waktu sehingga pogram sama ditawarkan di UM.
Ketika ini hanya tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera yang dicadangkan membuat pengajian lanjutan di UiTM dalam bidang pembedahan kardiotoraks.
Dihubungi semalam, Ibrahim bagaimanapun menegaskan keterbukaan UiTM untuk pegawai perubatan bukan bumiputera itu perlulah bersifat sementara saja.
Dia juga menganggap rasa marah atau kurang senang sesetengah orang Melayu dalam isu itu sebagai berasas.
Hal itu kerana, katanya, orang Melayu berasa mereka kini semakin ditekan untuk melepaskan hak bangsa sendiri sedangkan rakyat bukan bumiputera masih tidak berintegrasi sepenuhnya di negara ini.
“Orang bukan bumiputera suruh semua masyarakat (termasuk Melayu) bergerak ke hadapan sedangkan mereka masih mahu sekolah vernakular dikekalkan.
“Mereka tidak fasih berbahasa Melayu walau sudah duduk berpuluh tahun di negara ini, enggan bercampur dengan orang Melayu….
“Kita (orang Melayu) tak rasis, tapi mereka yang rasis,” katanya. Mk
Buka sementara UiTM untuk doktor bukan Bumiputera – Ibrahim
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Solat 17 rakaat sehari – 3,750 gerakan sebulan, 42,840 gerakan setahun
- Individu yang mahu sembelih ibu bapa Naim Daniel dikenalpasti polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024
You must be logged in to post a comment.