Manchester City juara, Arsenal kecewa
Manchester City juara, Arsenal kecewa
Pemain terbaik tahunan untuk musim ini, Phil Foden memainkan watak penting untuk bantu Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Pada aksi terakhir di Stadium Etihad, sebentar tadi, skuad kendalian Pep Guardiola tidak berdepan masalah meraih kemenangan 3-1 ke atas West Ham United untuk sekali lagi mengecewakan Arsenal.
Sebelum aksi bermula, rekod jelas lebih berpihak kepada Man. City yang kekal tanpa kalah dalam 16 pertemuan terakhir dimana West Ham United juga bolos dalam kesemua 17 perlawanan di Etihad.
Kejayaan ini melonjakkan Man. City selaku kelab pertama yang berjaya bergelar juara pertandingan utama empat kali berturut-turut sekaligus menyaksikan Guardiola sudah mengumpul enam pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Ketika ini, Sir Alex Ferguson masih mengekalkan rekod selaku pengurus paling berjaya apabila bergelar juara sebanyak 13 kali.
Arsenal kempunan, ‘gigit jari’ meskipun menang
Impian Arsenal untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian meskipun menang 2-1 ke atas Everton pada aksi terakhir liga di Stadium Emirates sebentar tadi.
Keputusan itu disebabkan Manchester City tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas West Ham sekali gus mengesahkan kejuaraan keempat berturut-turut EPL musim ini.
Pada aksi di sebentar tadi, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta dilihat bermain dibawah tekanan kerana perlukan keajaiban untuk muncul juara EPL buat kali pertama sejak tahun 2004.
Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan Kai Havertz, Martin Odegaard, Leandro Trossard dan Gabriel Martinelli berada di posisi serangan manakala Bukayo Saka terpaksa direhatkan ekoran kecederaan.
Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu dikecewakan apabila Everton meraih gol pembukaan menerusi gol sepakan percuma yang dijaringkan oleh Idrissa Gueye pada minit ke-40.
Tersentak dengan gol tersebut, Arsenal kembali mengemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan hasil jaringan Takehiro Tomiyasu berselang tiga minit kemudian.
Bersambung pada babak kedua, Everton terus mempamerkan corak permainan bertahan dengan Arteta terpaksa merombak kesebelasan utama dengan memasukkan pemain simpanan seperti Gabriel Jesus dan Emile Smith Rowe.
Serangan bertali arus yang dilakukan oleh Arsenal akhirnya membuahkan hasil apabila Havertz menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Odegaard.
Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan Arsenal menduduki tangga kedua EPL selepas mengutip 89 mata, dibezakan dua mata berbanding City selaku juara musim ini.
Manchester City juara, Arsenal kecewa
Baca Artikel Menarik:
- Kronologi serang Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan
- Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ahli Jemaah Islamiyah
- Jangan cuba ganggu UiTM – Dr Akmal
- Doktor pun mengadu letih
- Ini jumlah diterima Ronaldo bagi setiap hantaran di Instagram
- Kulit kami gebu sebab laksa Sarawak – Sharifah Zarina
- Ambil nyawa sayalah – Dr Akmal (Video)
- Polis mula siasatan resit pesanan persenda Islam
- Kedah tak dipaksa pun jadi miskin
- Ibu bapa sediakan 10 gelang emas sebagai hadiah Hari Guru
- Status anak Halim Othman, ini kata JPN
- Terpaksa layan nafsu 35 lelaki sehari
- Sejarah hitam bakal suami Ayu Ting Ting
- Solat 17 rakaat sehari – 3,750 gerakan sebulan, 42,840 gerakan setahun
- Individu yang mahu sembelih ibu bapa Naim Daniel dikenalpasti polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan
Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024