Mufti P. Pinang & Mufti Kelantan tegur upacara berdoa dikubur orang kafir oleh orang Islam

GEORGETOWN: Umat Islam yang ingin berdoa dinasihati supaya memilih tempat yang baik seperti dalam masjid, bilik khusus bagi solat dan sebagainya, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, seseorang muslim perlu mengelak berdoa di tempat yang tidak sesuai seperti tepi tandas, bawah tangga dan lebih-lebih lagi di kubur orang kafir.

“Adalah dikhuatiri sekiranya Allah SWT menurunkan azab ke atas penghuni kubur itu, maka azab berkenaan akan meliputi bersama mereka yang hadir dan berdoa di lokasi berkenaan,” katanya di sini, hari ini

Wan Salim berkata demikian susulan video tular yang dilapor sebuah portal memaparkan sekumpulan individu melakukan upacara memperingati ulang tahun ke-55 rusuhan kaum di tapak perkuburan khas di Sungai Buloh, semalam

Beberapa pemimpin agama termasuk Islam, turut hadir dan mereka bergilir-gilir membaca doa mengikut agama masing-masing.

Tindakan pemimpin agama Islam yang membaca doa di kubur bukan Islam itu mendapat pelbagai reaksi warganet.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, orang Islam bagaimanapun harus berdoa bagi perpaduan antara warga negara yang terdiri daripada penganut pelbagai agama.

Katanya, seseorang Muslim juga harus memohon doa supaya dikurnia kebaikan oleh Allah SWT kepada orang bukan Islam atau kafir seperti kesihatan tubuh, murah rezeki, banyak harta, beranak pinak dan sebagainya.

“Malah harus juga mendoakan supaya Allah SWT memberi hidayah-Nya kepada kaum keluarga, rakan atau jiran tetangga kepada agama Islam.

“Bagaimanapun adalah dilarang atau haram memohon keampunan Allah SWT bagi orang kafir yang sudah mati.

“Larangan ini difahami daripada firman Allah di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 113 bermaksud ‘Tidak wajar bagi Nabi dan orang beriman memohon keampunan untuk golongan musyrikin sekalipun mereka itu kaum keluarga (seseorang) setelah ternyata bahawa mereka itu penghuni neraka (disebabkan kesyirikan mereka)’,” katanya lagi.

“Pada prinsip asasnya tidak boleh doa kepada orang bukan Islam di perkuburan itu.

“Tetapi disebabkan (kubur) bercampur, orang Islam akan berdoa kepada orang Islam.”

Itu penjelasan ringkas Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengenai satu hantaran yang dimuatnaik Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaparkan seorang individu membaca doa di sebuah perkuburan bukan Islam dalam satu program.

Difahamkan, program berkenaan adalah bagi memperingati tragedi rusuhan kaum 13 Mei yang dianjurkan oleh Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker